Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Maruah Mana?” – Hattan Tempelak Program Realiti Pilih Penyanyi Tak Berkualiti

Menurut Hattan, ia sangat memalukan terutama kepada industri hiburan. 

by Naddy Joe
February 8, 2022
Share on Facebook

Penyanyi popular, Dato Hattan tampil memberikan teguran tegas terhadap pihak penyiaran terlibat untuk mempunyai rasa tanggungjawab mengangkat industri muzik ke tahap yang lebih tinggi dan baik.

“Nyanyi Senget Benget Macam Tu Boleh Masuk”-Dato Hattan

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram nya, teguran tersebut merujuk kepada sebuah program realiti televisyen, Big Stage 2022 yang mengumumkan usahawan sensasi,Iqbal Zulkefli sebagai peserta mereka yang ke-12 pada Ahad lalu.  Meskipun tidak menyatakan mana-mana individu, namun berdasarkan teguran tersebut jelas ditujukan buat Iqbal yang dikecam ramai berikutan dia disifatkan sebagai individu yang tidak mempunyai bakat nyanyian.

“Semalam saya tahu banyak orang boring tengok satu program realiti tv semalam kan, nyanyi senget benget macam tu pun boleh masuk. Kalau ya pun nak dapat rating, tak payah la sampai macam tu sekali. Banyak lagi cara lain.

“Takkanlah pihak produksi, produser tak tengok masa rehearsal macam mana performance mereka. Anda tahu peserta ni tak boleh menyanyi. Kenapa kau panggil jugak? Tujuan apa kau nak buat, nak rating.”- tegas Hattan

Memalukan Industri

Hattan atau nama penuhnya Mohd Shukri Shahabudin tidak menafikan gimik kejutan yang diberikan oleh program realiti itu meninggalkan impak yang besar dari segi pemasaran. Namun, ia sangat memalukan terutama kepada industri hiburan.

“Ini yang macam saya cakap itu hari. Dalam program tu ada peserta dari Indonesia. Kalau orang Indonesia tengok macam ni kita punya kualiti.

Kesian 11 orang yang beria-ria bersaing. Hanya kerana ada sejuta dua juta pengikut, oh sudah dikira layak? Walaupun persembahan standard begitu, punya sampah.”- katanya lagi

Terkilan Tokti Jadi Juri Program

Tambah Hattan, turut meluahkan rasa terkilan kerana program realiti terkenal itu telah diadili oleh penyanyi terkenal negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang seharusnya mempunyai standard yang lebih baik.

“Datuk Siti kat situ jadi juri. Macam gini ke standard Datuk Siti. Come on la, Dia pun tak sampai hati nak cakap. Kita pun boleh nampak la”- kata Hattan

View this post on Instagram

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Di akhir video, Hattan menyeru agar pihak penyiaran terlibat untuk berfikir secara waras sebelum melakukan sebarang keputusan dalam melakukan sebuah program.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ahmad Iqbal Zulkeflidato hattan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara