Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sering Fikir Kematian, Rozita Che Wan Enggan Anak-Anak Hidup Susah

Pelakon jelita ini mahu segala perancangan telah dibuat untuk anak-anaknya kelak.

by Khai Azfar
March 10, 2022
Share on Facebook

Pelakon Rozita Che Wan telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-49 tahun pada Rabu. Ketika ditanya mengenai impian dan hajatnya, pelakon yang mesra disapa sebagai Che Ta ini berkata keutamaan kini diberikan kepada keluarganya.

Rancang Segala-galanya Untuk Anak 

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Menurut Che Ta, dia sering fikirkan mengenai kematian dan seandainya dia ‘pergi’ dahulu, pelakon jelita ini mahu segala perancangan telah dibuat untuk anak-anaknya kelak.

“Semoga Allah berikan saya tubuh badan yang sihat untuk bersama dengan keluarga saya. Selepas ini apa yang saya lakukan semuanya untuk anak-anak. Saya selalu fikir kalau Allah nak tarik nyawa saya biarlah saya sudah rancang segalanya untuk anak-anak saya.” katanya kepada Murai.my

Gembira Anak-Anak Manja 

Jelas isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, dia mendoakan sedemikian kerana enggan kehidupan anak-anaknya tidak terurus apabila dia sudah tiada. Akui Che Ta, meskipun anak-anaknya sudah dewasa namun kesemua mereka begitu manja dengannya.

“Saya tak nak bila saya dah tiada mereka macam terumbang-ambing , tak tahu apa yang saya dah rancang untuk mereka kerana anak-anak saya semuanya anak mak walaupun dah besar, manja sangat.

“Tetapi saya gembira bayangkan bila penat balik kerja anak-anak minta tolong sebagai contoh “Mummy esok nak pergi interview nak pakai baju apa? Mummy pilihkan” lalu saya pun siapkan termasuk dengan mask, kena matching dengan tie semua” katanya

Kongsi Che Ta lagi, walapun ada yang beranggapan dia terlalu manjakan anak-anak, namun sebagai seorang ibu dia gembira melakukannya untuk mereka.

“Mungkin ada orang yang akan cakap terlalu manjakan anak tetapi kita ini ibu mestilah dia happy buatkan untuk anak walau apa pun keadaan dia, penat sekalipun tetap utamakan mereka” katanya

Che Ta ditemui Murai.my pada majlis pengenalan dirinya sebagai duta kempen Jouls Luxe Fabrics for Rozita Che Wan sempena Hari Wanita Sedunia pada Selasa.

Che Ta Pencetus Inspirasi 

Menurut pengasas Jouls Luxe Fabrics, Johan Lim, dia dan isteri, Alia @ Seri Hadia memilih Che Ta menjadi duta kempen berkenaan bagi memberi inspirasi dan membantu golongan ibu tunggal.

“Menerusi 10 peratus hasil jualan, kami akan salurkan kepada ibu tunggal, itu misi kami iaitu untuk bantu mereka bangun dan teruskan kehidupan dengan lebih baik,” dedahnya

Dalam pada itu, Alia pula menjelaskan menerusi 13 koleksi tudung yang dikeluarkan untuk edisi tersebut direka sendiri, ia merujuk pada personaliti Che Ta.

“Semua rekaan dibuat selepas menyelidik karakter Che Ta. Nampak saja macam seorang diva, tetapi tidak selepas mengenali Che dengan lebih dekat

“Dia seorang yang menepati masa selain bekerja dengan bersungguh-sungguh, tu sebab dia wajah yang sesuai mewakili jenama kami bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia hari ni,” kata Alia

[VIDEO] Che Ta Membebel Aaisyah Melaram Tengah Malam- "Nak Pi Mana Hang Ni"
rozita che wan
https://lomp.at/pkmyr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Haliza Maysuri Tempah Set Kain Kafan Jenama Rizalman Ibrahim, Cetus Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 2, 2026

Usahawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri sentiasa menjadi bualan netizen di media sosial kerana sering menempah...

Read moreDetails
Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
Foto - @nabil_ahhhhh (Threads)
Indonesia

[VIDEO] Tular Berpelukan Dengan Wanita, Jefri Nichol Ada Kekasih Baru?

by Nurul A.
January 5, 2026

Nampaknya nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol tidak akan berhenti menjadi perbualan hangat pengguna media sosial dalam masa terdekat. Ini kerana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore