Saturday, March 25, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya Lebaran

Seronoknya! Alamanda Putrajaya Bawa Anak Yatim ‘Belanja’ Makan Berbuka & Beli Baju Raya Serba Mewah

by Phic ARMAN
April 29, 2022
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda telah meraikan beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 21 April 2022 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 17 tahun itu disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Pang Sook Fong. Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya.

Mereka kemudiannya dibawa ke Centre Court di mana pusat beli-belah itu telah mencipta semula dekorasi kampung à la “Raya di Dusun Atuk” dan dihiburkan dengan persembahan Hari Raya Zapin.

Majlis menjadi lebih bermakna apabila rakan niaga Alamanda turut menyumbangkan barangan Hari Raya kepada kanak-kanak itu. Selepas ucapan alu-aluannya, Pang ditemani oleh rakan niaga Alamanda seperti Gene Martino, Qutn Cotton dan Dunkin’ Donuts di mana kanak-kanak tersebut diberikan duit raya dan sut baju raya daripada Gene Martino, sut baju raya daripada Qutn Cotton dan sekotak donat dari Dunkin’ Donuts.

Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu di Secret Recipe.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata,

“Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanakkanak yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar.”

Rumah Bakti Al-Kausar ialah rumah kebajikan yang diasaskan pada tahun 2011 yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim. Rumah itu kini menempatkan 36 kanak-kanak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Alamanda Putrajaya
Share6Tweet4SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Mis Claire Sasar RM5.5 Juta Jual Koleksi Raya ‘Plus Size’
Bisnes

Mis Claire Sasar RM5.5 Juta Jual Koleksi Raya ‘Plus Size’

by Phic ARMAN
March 23, 2023
Meerqeen Pun Bangga! Elrah Exclusive Hiasi Papan Iklan Gergasi Sebelah Menara TRX
Bisnes

Meerqeen Pun Bangga! Elrah Exclusive Hiasi Papan Iklan Gergasi Sebelah Menara TRX

by Phic ARMAN
March 15, 2023
Bulan Ramadan Sesuai Pakai Pakaian Oversized, Nak Cuba Boleh Tiru Stail Ini…
Fesyen

Bulan Ramadan Sesuai Pakai Pakaian Oversized, Nak Cuba Boleh Tiru Stail Ini…

by Soph Azz
March 15, 2023
Pilih Pelakon ‘Otai’ Jadi Model, SITI KHADIJAH Lancar Koleksi ‘RAYA IN VOUGUE’
Fesyen

Pilih Pelakon ‘Otai’ Jadi Model, SITI KHADIJAH Lancar Koleksi ‘RAYA IN VOUGUE’

by Phic ARMAN
March 15, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  2. 2

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

  5. 5

    [VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan