Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Seronoknya! Alamanda Putrajaya Bawa Anak Yatim ‘Belanja’ Makan Berbuka & Beli Baju Raya Serba Mewah

by Phic ARMAN
April 29, 2022
Share on Facebook

Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda telah meraikan beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 21 April 2022 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 17 tahun itu disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Pang Sook Fong. Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya.

Mereka kemudiannya dibawa ke Centre Court di mana pusat beli-belah itu telah mencipta semula dekorasi kampung à la “Raya di Dusun Atuk” dan dihiburkan dengan persembahan Hari Raya Zapin.

Majlis menjadi lebih bermakna apabila rakan niaga Alamanda turut menyumbangkan barangan Hari Raya kepada kanak-kanak itu. Selepas ucapan alu-aluannya, Pang ditemani oleh rakan niaga Alamanda seperti Gene Martino, Qutn Cotton dan Dunkin’ Donuts di mana kanak-kanak tersebut diberikan duit raya dan sut baju raya daripada Gene Martino, sut baju raya daripada Qutn Cotton dan sekotak donat dari Dunkin’ Donuts.

Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu di Secret Recipe.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata,

“Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanakkanak yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar.”

Rumah Bakti Al-Kausar ialah rumah kebajikan yang diasaskan pada tahun 2011 yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim. Rumah itu kini menempatkan 36 kanak-kanak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Alamanda Putrajaya
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara