Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Tiara Jacquelina Sedih Janda Baik Dilanda Banjir Kilat, Tapi Tiarasa Tidak Terjejas Teruk

Tiara meluahkan rasa syukur kerana Tiarasa Escapes tidak terkesan teruk seperti beberapa pusat penginapan lain di Janda Baik

by Naddy Joe
May 12, 2022
via Instagram Tiara Jacquelina & Astro Awani

via Instagram Tiara Jacquelina & Astro Awani

89
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina meluahkan rasa sedih dengan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan Janda Baik, Pahang pada 11 Mei.

Tiarasa Tidak Terjejas Teruk, Dijadual Buka Semula Sabtu, 14 Mei 2022

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Tiara Jacquelina menerusi hantaran di Instagram , memberitahu bahawa pusat percutian berkonsepkan ‘glamping’ mewah miliknya, Tiarasa turut terjejas, namun tidak seteruk kawasan dan resort-resort lain yang terjejas di situ.

“#JandaBaik kesayangan kami dilanda banjir kilat lagi, kali ini lebih teruk berbanding banjir Disember. Baru je nak bernyawa selepas 6 bulan tutup semasa pandemik, kena banjir kilat bulan Disember.”-Luah Tiara di Instagram.

Katanya kepada Murai MY, pihaknya kini sedang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja pembersihan dan penambahbaikan kerana resort kegemaran ramai itu dijadualkan beroperasi semula seperti biasa bermula Sabtu ini.

“Tiarasa tidak terjejas teruk seperti resort lain yang berada di kawasan yang lebih rendah. Cuma hanya ada beberapa kawasan kecil sahaja yang dimasuki lumpur.

“Kami sedang bekerja dalam tempoh 72 jam untuk membuka semula Tiarasa sepenuhnya kepada orang ramai,” kata beliau yang mensasarkan Tiarasa Escapes dibuka semula pada Sabtu, 14 Mei 2022.

 

 

via Instagram Tiara jacquelina

Beryukur Tiarasa Escapes Berada Di Tanah Yang Lebih Tinggi

Tiara amat syukur kerana Tiarasa Escapes berada di kawasan yang lebih tinggi, justeru kesan yang dialami dapat dikawal serta dibaikpulih dalam masa beberapa hari sahaja.

” Saya sangat bersyukur, Alhamdulillah nasib baik untuk kami, Tiarasa Escapes berada di tanah yang lebih tinggi dan kami tidak terjejas teruk berbanding resort-resort lain. Saya sangat sedih mendengar berita kawasan penduduk kampung dan ada resort penginapan lain hanyut dibawa arus dan tenggelam,” katanya lagi.

Ditutup Hanya Tiga Hari Untuk Kerja Baik Pulih

Difahamkan, Tiarasa Escapes hanya ditutup selama tiga hari bermula Rabu untuk kerja-kerja baik pulih.

via Astro Awani

Semoga kejadian sebegini dipandang serius oleh pihak berkuasa agar dapat dibendung pada masa akan datang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: banjir janda baikTiara Jacquelinatiarasa escapes
Share36Tweet22SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023
Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”
Gossip

Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”

by Naddy Joe
January 27, 2023
Anak Bekas Jurulatih Bola Sepak Tidak Sokong Perkahwinan Kedua?- “We Strongly Against It!”
Gossip

Anak Bekas Jurulatih Bola Sepak Tidak Sokong Perkahwinan Kedua?- “We Strongly Against It!”

by Mas Ayu
January 26, 2023
Puteri Aishah ‘Throwback’ Kenangan Bersama Arwah Bapa- ‘Rindu Ayah..’
Gossip

Puteri Aishah ‘Throwback’ Kenangan Bersama Arwah Bapa- ‘Rindu Ayah..’

by Naddy Joe
January 26, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan