Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Bersuara Isu Tembakan Di Sekolah, Taylor Swift Setuju Dengan Komen Steve Kerr

Jurulatih bola keranjang ini mahu ahli senator ambil tindakan segera tentang isu keganasan dan senjata api

by Puteri Alia
May 26, 2022
via Instagram Golden State Warriors / Taylor Swift

via Instagram Golden State Warriors / Taylor Swift

33
KONGSIAN
Share on Facebook

Seluruh dunia dikejutkan dengan kes tembakan rambang yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas baru ini, di mana lebih kurang 18 pelajar dan seorang guru mati ditembak di sekolah oleh seorang remaja.

Steve Beri Ucapan Penuh Emosi

Kes yang berlaku ini membuatkan ramai orang berasa sedih dengan tragedi hitam yang berlaku, malah jurulatih bola keranjang terkenal dunia, Steve Kerr juga bersuara penuh emosi tentang isu tersebut dalam sidang media perlawanan akhir Western Conference baru ini.

“Saya tak akan bercakap tentang bola keranjang. Tiada apa yang berlaku pada pasukan kami pada enam jam terakhir. Kami akan mula dengan cara yang sama malam ni. Apa saja soalan tentang bola keranjang tak penting.

14 kanak-kanak di bunuh 400 batu dari sini. Dan seorang guru. Dan 10 hari terakhir, kita ada warga emas kulit hitam dibunuh di pasaraya di Buffalo. Kita ada orang asia melawat gereja dibunuh di California Selatan. Dan sekarang kita ada kanak-kanak dibunuh di sekolah! Bila kita nak lakukan sesuatu?

Saya letih berada di sini dan ucapkan takziah pada ahli keluarga mangsa. Saya letih. Saya minta maaf. Saya penat dengan keadaan ‘moments of silenced.’ Cukuplah!” Ujarnya penuh emosi

Steve Kerr on today's tragic shooting in Uvalde, Texas. pic.twitter.com/lsJ8RzPcmC

— Golden State Warriors (@warriors) May 24, 2022

Mahu 50 Senator Lakukan Sesuatu

Steve juga mempersoalkan ke semua 50 orang senator yang enggan mengundi undang-undang menyemak latar belakang pemilikan senjata api kerana tidak mahu tampuk kuasa yang dipegang hilang.

“Ada 50 senator sekarang ini yang enggan mengundi untuk H.R.8, di mana ia adalah peraturan menyemak latar belakang yang kerajaan luluskan beberapa tahun lalu.

Sebab mereka tidak mahu undi. Untuk pegang kuasa. Jadi saya tanya anda, Mitch McConnell, saya tanya anda semua senator yang tidak mahu melakukan sesuatu tentang keganasan dan tembakan di sekolah dan tembakan di pasaraya.

Saya tanya anda, adakah anda mahu abaikan nyawa anak-anak kita dan orang tua kita dan pelawat gereja kita demi kuasa? Kerana nampak gaya macam tu. Itulah yang kita buat setiap minggu. Saya meluat. Cukuplah!” Tegurnya tegas

Taylor Setuju Dengan Komen Steve

Penyanyi, Taylor Swift juga turut berdukacita dengan kejadian yang berlaku dan turut bersetuju dengan ucapan yang dikatakan Steve di sidang media perlawan bola keranjang itu sangat benar.

“Penuh dengan rasa marah dan dukacita, dan sangat sedih dengan pembunuhan di Uvalde. di Buffalo, Laguna Woods dan banyak lagi.

Di mana kita sebagai sebuah negara, menanggung kesedihan yang tak terkata. Kata-kata Steve sangat benar dan penuh mendalam.” Ciap Taylor

via Twitter Taylor Swift

Isu pemilikan senjata api tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi banyak nyawa boleh terkorban gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab individu yang membawa senjata api di tempat awam dan melakukan tembakan rambang.

Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual, Taylor Swift Dedah Hanya Minta Pampasan $1
Steve KerrTaylor Swift
https://lomp.at/b7u8q
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Antarabangsa

[VIDEO] “Bayar RM1.5K Untuk Dapat Jari Tengah” – Peminat MU Hampa Dengan Amad Diallo

by Arsiqin Yusof
May 30, 2025

Pemain sayap Manchester United, Amad Diallo, mencetuskan kontroversi ketika lawatan pasca musim Red Devils ke Malaysia apabila beliau dilihat menunjukkan...

Read more
Antarabangsa

[VIDEO] Bukan Rezeki Tapi Allah Maha Berkuasa – Pesawat Patah Balik 2 Kali Bawa Jemaah Haji

Seperti kisah dalam drama, namun inilah bukti kekuasaan Allah. Beberapa hari lalu, satu kisah luar biasa hangat diperkatakan di Tanah...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 29, 2025
Antarabangsa

[VIDEO] “Sedikit Pesanan Kepada Jemaah, Kalau Nak Buat Konten…” – Wanita Sampaikan Teguran Dari Kerajaan Arab Saudi

Satu video tular baru-baru ini memaparkan teguran penting kepada para jemaah haji dan umrah, khususnya rakyat Malaysia yang gemar merakam...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 21, 2025
Antarabangsa

[VIDEO] Pengulas Amerika Hina Malaysia Tiada Wang?

Seorang pengulas politik terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly, baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila beliau mengeluarkan kenyataan menghina Malaysia...

Read more
by Arsiqin Yusof
April 21, 2025
Antarabangsa

Sekitar Sambutan Diraja Untuk Presiden China Di Istana Negara

Dalam suasana penuh adat dan kemegahan, Preside China ,Xi Jinping, menerima sambutan rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di...

Read more
by Arsiqin Yusof
April 17, 2025
Antarabangsa

[VIDEO] ‘Keren’ Palembang, Rendang Daging Hilang

Palembang – Selebriti media sosial yang terkenal, Willie Salim, mengalami kejadian yang tidak diduga apabila 200 kilogram rendang daging yang...

Read more
by Arsiqin Yusof
March 24, 2025
Antarabangsa

[VIDEO] Kenapa Ramai Terkejut Dengan Penampilan Putera Wakeel?

Seramai 17,352 rakyat Brunei menerima kurniaan peribadi atau Raya Kurnia yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal...

Read more
by Arsiqin Yusof
March 20, 2025
Antarabangsa

Pengalaman Solo Leveling Pertama di Malaysia Kini Tiba di Pavilion Bukit Jalil!

Setelah mencatatkan kejayaan besar dengan lebih 50,000 pakej terjual untuk pengalaman bertema anime sebelum ini, Acolab kini memperkenalkan pengalaman imersif...

Read more
by Aphit J.
December 21, 2024
Antarabangsa

Pemain Piano Virtuoso Maksim Bawa Jelajah Dunia Segmenti ke Kuala Lumpur

Pemain piano ‘classical crossover’ terkemuka, Maksim Mrvica, atau lebih dikenali sebagai Maksim, akan kembali ke Kuala Lumpur untuk siri jelajah...

Read more
by Aphit J.
December 7, 2024
Antarabangsa

Persembahan Balet Sensasi London ~ Buat Julung Kali di Kuala Lumpur!

Sensasi balet terkini dari UK, Ballet Nights, akan membuat penampilan pertama mereka di Malaysia dengan persembahan di Dewan Merdeka, World...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2024
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem