Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Bersuara Isu Tembakan Di Sekolah, Taylor Swift Setuju Dengan Komen Steve Kerr

Jurulatih bola keranjang ini mahu ahli senator ambil tindakan segera tentang isu keganasan dan senjata api

by Puteri Alia
May 26, 2022
via Instagram Golden State Warriors / Taylor Swift

via Instagram Golden State Warriors / Taylor Swift

Share on Facebook

Seluruh dunia dikejutkan dengan kes tembakan rambang yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas baru ini, di mana lebih kurang 18 pelajar dan seorang guru mati ditembak di sekolah oleh seorang remaja.

Steve Beri Ucapan Penuh Emosi

Kes yang berlaku ini membuatkan ramai orang berasa sedih dengan tragedi hitam yang berlaku, malah jurulatih bola keranjang terkenal dunia, Steve Kerr juga bersuara penuh emosi tentang isu tersebut dalam sidang media perlawanan akhir Western Conference baru ini.

“Saya tak akan bercakap tentang bola keranjang. Tiada apa yang berlaku pada pasukan kami pada enam jam terakhir. Kami akan mula dengan cara yang sama malam ni. Apa saja soalan tentang bola keranjang tak penting.

14 kanak-kanak di bunuh 400 batu dari sini. Dan seorang guru. Dan 10 hari terakhir, kita ada warga emas kulit hitam dibunuh di pasaraya di Buffalo. Kita ada orang asia melawat gereja dibunuh di California Selatan. Dan sekarang kita ada kanak-kanak dibunuh di sekolah! Bila kita nak lakukan sesuatu?

Saya letih berada di sini dan ucapkan takziah pada ahli keluarga mangsa. Saya letih. Saya minta maaf. Saya penat dengan keadaan ‘moments of silenced.’ Cukuplah!” Ujarnya penuh emosi

Steve Kerr on today's tragic shooting in Uvalde, Texas. pic.twitter.com/lsJ8RzPcmC

— Golden State Warriors (@warriors) May 24, 2022

Mahu 50 Senator Lakukan Sesuatu

Steve juga mempersoalkan ke semua 50 orang senator yang enggan mengundi undang-undang menyemak latar belakang pemilikan senjata api kerana tidak mahu tampuk kuasa yang dipegang hilang.

“Ada 50 senator sekarang ini yang enggan mengundi untuk H.R.8, di mana ia adalah peraturan menyemak latar belakang yang kerajaan luluskan beberapa tahun lalu.

Sebab mereka tidak mahu undi. Untuk pegang kuasa. Jadi saya tanya anda, Mitch McConnell, saya tanya anda semua senator yang tidak mahu melakukan sesuatu tentang keganasan dan tembakan di sekolah dan tembakan di pasaraya.

Saya tanya anda, adakah anda mahu abaikan nyawa anak-anak kita dan orang tua kita dan pelawat gereja kita demi kuasa? Kerana nampak gaya macam tu. Itulah yang kita buat setiap minggu. Saya meluat. Cukuplah!” Tegurnya tegas

Taylor Setuju Dengan Komen Steve

Penyanyi, Taylor Swift juga turut berdukacita dengan kejadian yang berlaku dan turut bersetuju dengan ucapan yang dikatakan Steve di sidang media perlawan bola keranjang itu sangat benar.

“Penuh dengan rasa marah dan dukacita, dan sangat sedih dengan pembunuhan di Uvalde. di Buffalo, Laguna Woods dan banyak lagi.

Di mana kita sebagai sebuah negara, menanggung kesedihan yang tak terkata. Kata-kata Steve sangat benar dan penuh mendalam.” Ciap Taylor

via Twitter Taylor Swift

Isu pemilikan senjata api tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi banyak nyawa boleh terkorban gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab individu yang membawa senjata api di tempat awam dan melakukan tembakan rambang.

Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin, Ini Luahan Penderma Buah Pinggang Selena Gomez
Steve KerrTaylor Swift
https://lomp.at/b7u8q
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara