Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Wow! Air Selangor Lancar Episod Keempat BoBoiBoy Air Bersama Monsta

by Aphit J.
June 11, 2022
Share on Facebook

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bersama Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta), penerbit siri popular BoBoiBoy hari ini melancarkan episod keempat siri BoBoiBoy Air sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Mempertingkatkan Kesedaran Sivik Orang Ramai

via Air Selangor

Kolaborasi ini mengukuhkan lagi komitmen berterusan Air Selangor dalam mempertingkatkan kesedaran sivik orang ramai untuk menjaga alam sekitar terutamanya sumber air mentah.

Melalui usaha ini juga Air Selangor mengambil langkah proaktif dan kreatif untuk menggalas peranan mendidik komuniti setempat tentang cara-cara penggunaan air yang bijak serta kepentingan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

BoboiBoy Menentang Raksasa Sampah

Episod ini menceritakan perjalanan BoBoiBoy dalam menentang Raksasa Sampah bagi memastikan sungai terlindung daripada sebarang pencemaran.

Menerusi siri animasi BoBoiBoy Air ini, mereka telah berjaya menjangkau lebih 7.7 juta tontonan dengan harapan mesej murni ini sampai kepada orang ramai dan dapat dijadikan amalan untuk kesejahteraan alam sekitar untuk jangka masa panjang.

Air Untuk Diwarisi Oleh Generasi Masa Hadapan

via Air Selangor

Manfaatnya adalah untuk kita semua, sumber air yang bersih bukan sahaja untuk kebaikan kita sekarang malah akan diwarisi oleh generasi masa hadapan.

Oleh itu besar harapan agar kolaborasi ini dapat memberikan tunjuk ajar tentang kepentingan sumber air bersih kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Air Selangorboboiboy
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    “Okeylah English Dia!” Peminat Puji Hakim Danish Petah Ditemu Bual Media Antarabangsa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara