Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Macam Satu Wake Up Call’- Norman Hakim Sebak Jumpa Bapa?

Dalam muatnaiknya Norman mendedahkan bahawa tanggungjawab kepada ibu bapa bukan sekadar beri duit belanja

by Puteri Alia
June 22, 2022
via Instagram Norman Hakim

via Instagram Norman Hakim

Share on Facebook

Satu muatnaik milik Norman Hakim di Instagram-nya mencuri perhatian lensa Murai MY dan juga warganet di media sosial. Bintang filem Tiga Janda Melawan Dunia ini memuatnaik video pendek bersama bapanya dengan coretan yang menyentuh perasaan.

“Tanggungjawab Ayah Mak Bukan Sekadar Hantar Duit Belanja”

Dalam hantaran yang dikongsikan Norman, dia mendedahkan ketika menjenguk ibu bapanya yang tinggal di Kuantan membuatkan aktor ini tersedar akan tentang tanggungjawabnya kepada ibu bapanya dari sudut emosi.

Kesedaran yang dialami, membuatkan Norman berasa sebak dan meluahkan rasa seperti seorang anak yang gagal kepada ibu bapanya.

“Saya perasan makin meningkat usia ayah mak kita, emosi dia orang makin sensitif. Lepas luang masa dengan mak kat bawah. Naik atas jumpa ayah pula. Saya bertolak lepas Zuhur dari KL, sampai dalam pukul 3.30 petang. Ayah tanya sampai bila tinggal dekat Kuantan ni?

Saya cakap lepas jamak Maghrib, nak kena gerak balik. Terus dia hela nafas panjang pasti pandang tempat lain. “Alamak aku ada buat salah ke?” cakap dalam hati. Pastu dia sambung “kenapa tak tinggal sampai esok?”.

Saya susun ayat terang satu persatu jelaskan esok anak sekolah kena siap-siapkan, pastu ada kerja kat pejabat, pastu ada latihan dan penggambaran dan lain-lain. Dia balas “ni depan mata tanggungjawab juga…. bla… bla…” Checmate.

Saya minta izin keluar kejap. Terpana akal dan hati. Tak tahu nak cakap apa. Macam satu wake up call. Tanggungjawab pada ayah mak bukan sekadar hantar duit belanja tiap-tiap bulan. Macam-macam benda main dalam kepala. Rasa gagal pun ada. Menggigil dan sebak jap.” Tulisnya

via Instagram Norman Hakim

Diuji Terbatas Masa Bersama Ibu Bapa

Dalam penulisan panjangnya, aktor ini mendedahkan bahawa dirinya diuji dengan keterbatasan masa untuk bersama dengan kedua orang tuanya. Pelakon ini menitipkan agar dapat dipermudahkan untuk selalu pulang menjenguk ibu bapanya.

“Setiap orang dalam hidup ni ada macam-macam ujian kan? Ujian saya, batas masa untuk lebih banyak masa dengan ayah dan mak.

Bahagian ni saya tak ada doa yang spesifik, hanya mohon Allah permudahkan untuk saya balik selalu. Bersyukur sangat perjalanan darat hanya 2 jam KL-Kuantan tak perlu nak rentas laut.” Coretnya

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Melihat muatnaik yang dikongsikan Norman, ramai warganet memberi komen dan pandangan masing-masing berdasarkan perkongsiannya di Instagram.

“Ya.. Ayah atau mak kita bukan nak kan duit atau harta bila usia mereka dah senja. Mereka hanya nak masa kita ada dengan mereka..”

“Hargailah sementara masih ada ibu bapa” komen mereka

via Instagram Norman Hakim

“Ya betul dan kita semua bertanggungjawab jaga mak ayah.”

“Semoga Allah permudahkan segala urusan abang Norman sekeluarga.. Dan semoga mak ayah sentiasa sihat walafiat dan dalam lindunganNya.. Ameen” komen mereka lagi

Apa yang dikongsikan Norman ini membuka mata semua bahawa sesibuk mana pun kita, cuba untuk luangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ibubapanorman hakim
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Brooklyn Beckham
Spotlight

Bukan Dipuji, Malah Dikritik! Ini Sebabnya Netizen ‘Hentam’ Masakan Brooklyn Beckham

by Nurul A.
October 15, 2026

Anak sulung David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, sekali lagi menjadi sasaran warganet selepas berkongsi masakannya di media sosial....

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara