Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tomok Cari Pemuda Sabah Nyanyi Lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’?

Muatnaik vokalis kumpulan New Boyz ini mendapat perhatian ramai warganet di media sosialnya

by Puteri Alia
July 8, 2022
via Instagram Tomok

via Instagram Tomok

37
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular baru-baru ini di mana penyanyi dan pelakon berbakat, Tomok memuatnaik sebuah video di Instagram-nya dan meminta bantuan orang ramai untuk mencari pemuda yang menyanyikan lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ didalam video tersebut.

Cari Pemuda Semporna

Dalam entri penulisan vokalis kumpulan New Boyz ini, Tomok menyatakan dia mencari individu yang menyanyikan lagu lamanya itu.

Menurut Tomok lagi, pemuda berkenaan berkemungkinan adalah orang Semporna, Sabah dan berharap orang ramai dapat membantunya mencari individu tersebut.

“Mungkin dia lalui masa sukar.. Sesiapa yang jumpa abang ni, minta tolong DM saya ya. Terima kasih guys. Dengarnya dia orang Semporna.. Ada sesiapa orang Semporna boleh bantu saya cari dia?” Coret Tomok

via Instagram Tomok

Melihat muatnaik penyanyi tersebut, ramai warganet yang berasal dari Semporna, Sabah memberi respon diruangan komen.

“@tomokofficial Ya selalu nampak”

“@tomokofficial Dia orang Semporna, selalu duduk depan Maybank Semporna tu”

“@tomokofficial Selalu datang tempat kerja saya.. Dia selalu menyanyi dan suara memang padu” komen mereka

via Instagram Tomok

Bantu Apa Yang Termampu

Murai MY menjengah ke media sosial penyanyi ini dan mendapati, muatnaik terkini Tomok mendedahkan bahawa dia telah berjaya menghubungi pemuda berkenaan.

Melihat perkongsian terkini Tomok, penyanyi ini menyatakan dia cuba memberi bantuan mengikut keupayaannya sendiri kepada pemuda tersebut dan bersyukur urusannya dipermudahkan.

Dalam pada itu, Tomok juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantunya mencari individu tersebut menerusi coretannya di Instagram.

“Alhamdulillah saya bercakap dengan abang ini tadi.. Terima kasih rakan-rakan di Semporna, Sabah yang usahakan dengan begitu cepat. Saya bantu apa yang mampu.. Saya harap abang ceria di hari raya aidiladha nanti. Alhamdulillah.” Tulisnya

via Instagram Tomok

Perkongsian Tomok ini mendapat pujian ustaz Don Daniyal dan juga warganet diruangan komen muatnaik terkini selebriti tersebut. Rata-rata ramai yang meluahkan rasa bangga dan terharu dengan usaha Tomok yang cuba menghulurkan bantuan kepada pemuda tersebut.

“Tahniah. Baguih” komen ustaz Don Daniyal

“Syukur alhamdulillah..” komen salah seorang warganet

“Kun faya kun.. Syukur alhamdulillah” komen peminat

via Instagram Tomok

Alhamdulillah, semoga Tomok dimurahkan rezeki kerana bantu insan yang memerlukan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
5 Air Terjun Tersembunyi Di Sabah Yang Wajib Anda Lawati
Pemudasabahtomok
https://lomp.at/t2ych
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem