Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Drama Adaptasi Epilog 3 Naga Selami Dunia Gelap Gengsterism, Mula Bersiaran Malam Ini!

Plot perjalanan penuh konflik drama ‘Epilog 3 Naga’ mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup...

by Arsiqin Yusof
August 3, 2022
Share on Facebook

Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi utama pilihan rakyat Malaysia, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV buat julung kalinya berbesar hati mempertaruhkan sebuah naskhah adaptasi terbaharu berjudul ‘Epilog 3 Naga’ khas untuk peminat drama Melayu tempatan yang bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam mulai 3 Ogos 2022 menerusi slot Dramatix secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112).

Drama bersiri ‘Epilog 3 Naga’ merupakan sebuah karya adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Kaz Ishak yang mengangkat genre aksi tentang dunia gengsterism terbitan syarikat produksi Layar Sutra Sdn. Bhd. Drama 24 episod arahan sutradara Razif Ajiboy ini menampilkan pelakon dan usahawan terkenal, Betty Banafe selaku penerbit serta turut mengekalkan Kaz Ishak selaku penulis skrip dan pengarah seni.

Plot perjalanan penuh konflik drama ‘Epilog 3 Naga’ mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap. Meskipun sarat dengan aksi lasak, kisah ini turut menggabungkan elemen drama cinta, persahabatan dan pengorbanan untuk memberikan naratif penceritaan yang lebih menghiburkan.

Drama menarik ini diterajui oleh Hazama Azmi yang memegang watak sebagai Khalid, Syarul Ezani sebagai Fazarul, Shafiq ‘Stu’ Rosli sebagai Sean Abdullah, Che Puan Juliana Evans sebagai Natasha, Atyka Jalil sebagai Sazlina, Katalina sebagai Sofea Ahmad, Faizal Hussien sebagai Azroy, Ridzuan Hashim sebagai Uncle Hussien, Marissa Yasmin sebagai Makcik Asmah, Sahronizam Noor sebagai Pakcik Zulkarnain, Along Eyzendy sebagai Black dan Aman Nassim sebagai Chris serta ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai drama Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, “Selain kisah cinta dan komedi, tema aksi juga merupakan genre yang sering mendapat perhatian audiens. Walaupun kami jarang mengetengahkan kisah tentang seseorang yang terjebak dengan dunia hitam serta cabaran yang perlu dilaluinya sebagai elemen utama penceritaan menerusi drama-drama yang pernah disajikan sebelum ini, namun kini tiba masanya kami lari daripada kebiasaan dan mengambil langkah berani untuk menyelami dunia gelap gengsterism sebagai nadi penting dalam drama ‘Epilog 3 Naga’.

“Drama ‘Epilog 3 Naga’ merupakan sebuah naskhah yang sebenarnya sarat dengan elemen emosi. Namun, ia bukanlah tertumpu kepada elemen pergolakan semata-mata, tetapi turut mengandungi mesej dan nilai positif sebagai pengajaran bersama. Saya percaya penceritaan kisah kali ini pastinya bakal membawa kelainan yang menyeronokkan kerana kekuatan jalan ceritanya yang luar biasa dan menghiburkan.

“Syabas saya ucapkan kepada pihak produksi kerana berjaya menggarap drama ini dengan baik. Semoga drama ini diterima baik sekaligus mencipta fenomena yang tersendiri apabila ditayangkan kelak. Selamat menonton!”

View this post on Instagram

A post shared by Awesome Broadcasting Sdn Bhd (@awesometvmalaysia)

Dalam pada itu, Razif Ajiboy selaku Sutradara ‘Epilog 3 Naga’ turut menambah;

“Sebagai seorang pengarah, drama ini merupakan satu naskhah yang menyingkap kehidupan segelintir remaja daripada sisi gelap. Punca utama yang mempengaruhi mereka untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral adalah kerana dibesarkan dalam persekitaran yang tidak sepatutnya.

“Drama bersiri ‘Epilog 3 Naga’ akan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya peranan mereka sepanjang proses pembesaran anak-anak. Langkah pihak Awesome TV yang berani menerbitkan karya ini harus dipuji kerana genre dan penceritaan seumpama ini jarang diketengahkan oleh manamana stesen televisyen yang lain,” katanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Epilog 3 Naga
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara