Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Aplikasi Tukar Isteri Berleluasa? PU Syed Gesa Pihak Berkuasa Bendung Aktiviti Zina

Perbuatan mempromosi aktiviti zina dalam masyarakay perlu ditangani dan dipandang serius

by Puteri Alia
August 10, 2022
via Bonology

via Bonology

82
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu muatnaik milik pendakwah dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed mengejutkan warganet dan menarik perhatian lensa Murai MY di media sosial beliau.

Aplikasi Tukar Isteri?

Menjengah ke Instagram PU Syed, pendakwah bebas ini memuatnaik mesej perbualan antara beliau dan seorang individu tentang isu aplikasi menukar pasangan. Berdasarkan mesej tersebut, individu berkenaan berharap PU Syed dapat melakukan siasatan terhadap hal yang tular tersebut.

“Salam ustaz, ada satu aplikasi yang tukar bini atau swinger berleluasa di kalangan melayu sekarang ni. Harap ustaz siasat.” Mesej inividu berkenaan

Mendapat mesej sebegitu, PU Syed menjelaskan di Instagramnya bahawa beliau bukanlah pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan terhadap isu yang dibangkitkan.

Namun PU Syed menyatakan beliau boleh membantu dari segi hebahan, dan mendedahkan isu tersebut kepada masyarakat menerusi media sosial agar orang ramai mengambil maklum akan hal berkenaan.

“Ambe bukan penguatkuasa.. Bukan juga ada autoriti.. Apa yang boleh, hanya boleh dedahkan isu kepada masyarakat agar semua mengambil tahu dan ambil maklum betapa fitnah “ujian” yang amat dahsyat semakin hari semakin menyelimuti ummah..” Coretnya

Tiada Sifat Malu

Menerusi mesej yang diterima, PU Syed mendapati bahawa pelaku yang melakukan kegiatan tidak bermoral seperti itu (menukar isteri), tidak mempunyai sifat malu dan akhlak dalam diri.

“Ambe tak pasti apakah aplikasi yang dimaksudkan oleh sahabat ini.. Namun ianya adalah satu berita yang amat menakutkan apabila tidak ada rasa lagi sifat malu dalam diri..

Benarlah mafhum sabdaan Baginda Nabi.. “Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa yang ingin kamu lakukan..” Tulisnya

via Instagram PU Syed

Gesa Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan

Dalam entri akhir penulisan PU Syed dimuatnaiknya, beliau menggesa agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan membendung aktiviti zina seperti itu dari berterusan berleluasa dalam kalangan masyarakat.

“Aplikasi yang boleh seseorang bertindak menukar isteri jika sama-sama suka ni adalah benar-benar gila!!

Pihak berwajib perlu bendung segera gejala sesat dan tidak bermoral ini bahkan telah mempromosikan ZINA ! Semoga Allah hancurkan perancangan jahat manusia-manusia durjana ini..” Pesannya tegas

Menggunakan aplikasi untuk menukar pasangan merupakan perbuatan tidak bermoral dan meruntuhkan institusi kekeluargaan secara tidak langsung. Hal ini perlu dibanteras jika ia benar berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

PU Syed Bersuara Isu Amir Ahnaf Cuba Elak Babak Bersentuhan Dengan Aktres Yang Dah Berkahwin!

Apa pandangan anda tentang isu ini?

aplikasiPU SyedTukar Isteri
https://lomp.at/lmtez
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem