Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

ISTIMEWA MERDEKA: Pelakon Cilik Ummi Khazriena & Hong Ming Kembali Selepas 15 Tahun

by Phic ARMAN
August 22, 2022
Share on Facebook

Suatu ketika dahulu, di bulan kemerdekaan, kita sering dapat melihat banyak filem pendek muncul di TV berkisarkan hari kebangsaan. Salah satu iklan merdeka yang ditunggu -tunggu adalah dari arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.  Pasti ramai yang masih ingat lagi dua kanak-kanak kecil yang membintangi iklan Merdeka pada sekitar tahun 2007.

Ketika itu mereka masih belajar dalam Tahun 1 di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Mereka tidak lain daripada pasangan sahabat karib Ummi Khazriena Skhrudin & Tan Hong Ming.

YouTube video

Ternyata sikap jujur dan kecomelan mereka begitu terserlah dalam iklan muhibbah itu apabila diwawancara tentang persahabatan mereka.

Kini, selepas 15 tahun berlalu, Ummi Khazriena dan Hong Ming telah bergelar remaja dan dipertemukan semula untuk sebuah lagi iklan bagi sambutan Merdeka ke-65 tahun ini.

Ia diterbitkan Lokalteez (jenama jersi lifestyle berkualiti) dan diarahkan penulis hiburan dan skrip berpengalaman, SlenFadzil.

Melalui video berdurasi kira-kira 8 minit itu, Ummi dan Hong Ming berkongsi cerita terbaru tentang diri mereka selain mengimbas kenangan bersama arwah Yasmin.
Mereka juga meluahkan aspirasi masing-masing terhadap maksud kemerdekaan bagi rakyat Malaysia.

Video menarik itu kini sudah boleh ditonton melalui platform YouTube dan media sosial berikut:

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
yasmin ahmad
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara