Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

ISTIMEWA MERDEKA: Kumpulan Syarikat Suria KLCC Tawarkan Aktiviti Menarik Di ALAMANDA & MESRA MALL

by Phic ARMAN
August 29, 2022
Share on Facebook

Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Kumpulan Syarikat Suria KLCC menganjurkan tawaran eksklusif dan aktiviti menarik terutamanya untuk kanak-kanak bagi menzahirkan semangat patriotik dan persekutuan yang simbolik dengan kempen Hari Merdeka. Kempen tersebut akan berlangsung di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu bermula pada hari ini dan bakal berakhir pada 16 September 2022.

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA

Berikutan dengan kejayaan kolaborasi pada tahun 2020, Suria KLCC sekali lagi menjayakan kempen ini dengan hasil Kerjasama Komuniti Tukang Jahit (KTJ) yang mana keluaran T-Shirt Merdeka edisi terhad akan dihasilkan bersama jahitan poket bercorakkan batik.

Perusahaan sosial KTJ ditubuhkan dengan tujuan memperkasakan kaum wanita dari kumpulan B40 yang mencari hasil pendapatan melalui servis menjahit dari rumah. Hasil kerjasama ini adalah selaras dengan pemampatan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat yang mempromosikan kesedaran 3R (Reduce, Reuse and Recycle) bagi mengurangkan pembuangan sisa dan hasil lebihan. Rekaan T-Shirt Merdeka lain daripada yang lain ini dihasilkan menggunakan lebihan fabrik batik dan yang lebih istimewa, T-Shirt Merdeka eksklusif ini boleh ditebus oleh para pembeli yang berbelanja RM500 dalam dua resit di manamana kedai terpilih.

Tidak kurang dari tebusan T-Shirt Merdeka eksklusif, para pembeli yang berbelanja RM1,500 dalam dua resit di mana-mana kedai yang terpilih juga akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50. Tebusan ini akan di berikan kepada 300 pembeli pertama sahaja.

Bagi kekal komited dalam pengibaran Jalur Gemilang, Jalur Gemilang istimewa akan diedarkan kepada 1000 pengunjung utama pada Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan Malaysia. Sejajar dengan musim cuti sekolah, Kempen Hari Merdeka kali ini juga akan dimeriahkan dengan pertandingan dan peraduan menarik untuk seisi keluarga.

Aktiviti khusus yang akan dijalankan adalah untuk kumpulan VIKids yang berumur 7 hingga 12 tahun dan akan diadakan di perkarangan aras bawah di hadapan Aeon Big bermula dari 31 Ogos sehingga 11 September 2022. Kanak-kanak yang bukan terdiri daripada kumpulan VIKids digalakkan untuk mendaftar keahlian terlebih dahulu.

Jumlah peserta untuk pertandingan ini adalah terhad dan terbuka kepada mana-mana pendaftaran yang terawal.

MESRA MALL

Mesra Mall turut serta menganjurkan kempen Hari Merdeka yang bakal berlangsung pada 26 Ogos sehingga 16 September 2022. T-Shirt Merdeka yang beredisi terhad hasil usaha sama KTJ juga akan disediakan untuk tebusan oleh para pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 keatas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.

Inisiatif diteruskan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, dalam menjayakan aktiviti kesenian dan kraf untuk ahli VIKids. Kibar Jalur Gemilang, Hiasan Rantai Kunci, Kraf Kitar Semula dan Kit Kraf DIY adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.

Aktiviti tersebut akan dijalankan pada hari setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 25 Ogos sehingga 10 September di perkarangan tengah “West Wing”.

Jalur Gemilang mini akan diedarkan kepada ahli VIKids pada 31 Ogos dan 16 September 2022. Jumlah Jalur Gemilang adalah terhad kepada 150 helai setiap hari dan para ahli dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk memenangi sesi “giveaway” yang akan di adakan pada jam 12 tengahari sehingga 4 petang untuk kedua-dua hari tersebut.

Para pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman mercu kemerdekaan apabila dekorasi hiasan yang bertemakan semangat Hari Merdeka akan ditonjolkan bagi mengimarahkan lagi semangat perpaduan jitu yang cinta akan tanah air. Sebuah ‘Photo booth’ eksklusif akan di sediakan untuk para pengunjung memperingati sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65.

Menurut Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd,

“Ini adalah kesempatan dan platform yang sangat penting untuk semua rakyat Malaysia untuk mendalami semangat berdiri teguh di atas kejayaan yang telah diperolehi oleh negara ini hasil perpaduan dalam kemasyarakatan. Kesinambungan tema kemerdekaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan mampu membentuk nilai kesepaduan bersama dan boleh menjadi titik peluang bagi kanak-kanak untuk mengenali kepelbagaian asimilasi budaya dan warisan negara Malaysia”.

“Sekali lagi, kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat bersama KTJ akan terus menjadi aspirasi yang bermakna. Selain dari memperhalusi elemen batik yang sinonim dengan kebanggaan dan identiti rakyat Malaysia, kami juga berpeluang untuk terus memberi komitmen dan kami sebagai perbadanan yang menyumbang impak positif terhadap alam sekitar”.

Untuk info lanjut, layari: Suria KLCC, Alamanda , Mesra Mall

alamandamerdeka
https://lomp.at/d2poh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Budaya

Mustafa Jewellery Bawa 20 Pempengaruh ‘Take Over’ Jonker Street Melaka

by Phic ARMAN
April 15, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Melaka bertukar lebih meriah apabila Mustafa Jewellery mempersembahkan perarakan budaya bertajuk “Kilauan Raya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara