Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Hazman Al-Idrus Berhijrah Ke Indonesia Untuk Kembali Di Pentas Antarabangsa

by Aphit J.
October 30, 2022
Share on Facebook

Pernah mewakili Malaysia untuk rancangan realiti nyanyian D’Academy Asia musim pertama pada akhir tahun 2015 dan bakat lakonannya juga dicungkil setelah menerima beberapa tawaran sebagai watak utama di Indonesia, kini Hazman Al-idrus telah berhijrah ke negara seberang demi melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.

Pernah Menerima Beberapa Tawaran

via HAI PRODUCTION

Sebelum ini Hazman Al-idrus juga sering menerima beberapa tawaran lakonan & nyanyian dari negara seberang, namun terhalang oleh jadual penggambaran yang begitu padat.

Atas dorongan isterinya Tiaz Al-khred yang juga merupakan pengurus kepada beliau di syarikat label dan pengurusan  HAI PRODUCTION, akhirnya impian beliau tercapai dengan hasil usaha dan kerja keras walaupun pernah berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Mendapat Perhatian Di Indonesia

via HAI PRODUCTION

Kembalinya Hazman Al-idrus ke Jakarta, Indonesia mendapat perhatian dari pihak stesen TV INDOSIAR dengan menampilkan Hazman Al-idrus untuk menjadi bintang tamu dalam Konser Kangen Merayu sekaligus ‘come back’ untuk bernyanyi kembali di pentas antarabangsa.

Hazman Al-idrus tampil duet bersama Raffa Affar & Sandrina Mazaya untuk lagu berjudul ‘Tiara’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan KRIS dari Malaysia.

Berduet Bersama Rakan Academy

via HAI PRODUCTION

Lagu yang dinyanyikan dengan gabungan versi Malaysia dan Indonesia serta mendapat sambutan yang sangat baik.

Bukan sahaja tampil dengan lagu ‘Tiara’ malah beliau juga turut berduet bersama Rani D’Academy 3 dan Putri D’Academy 4 dengan lagu berjudul ‘Suci Dalam Debu’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan IKLIM dari Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Hazman Al-idrus
https://lomp.at/plgbf
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem