Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Saya Bermula Sebagai Model’- Noor Kumalasari Ulas Isu Antara Cantik Dan Bakat

by Phic ARMAN
November 16, 2022
130
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebenarnya isu rupa paras lebih penting dari bakat dalam kalangan pelakon bukanlah baru dalam industri perfileman. Sebelum ini pun pernah sahaja diperdebatkan dikalangan artis dan warganet. Baru-baru ini, sekali lagi penerbit terkenal, Datuk A Aida bercakap tentang isu ini dan ramai tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti?

Hal ini membuatkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) terpanggil untuk menganjurkan forum bertajuk Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? yang berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Isnin yang lalu.

Forum dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan FSKK, UKM ini bersempena menyemarakkan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) KE 32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan.

Menerusi forum tersebut, MURAI MY tertarik dengan perkongsian dari Seniwati veteran, Noor Kumalasari, yang berpendapat paras rupa yang cantik harus seiringan dengan bakat dalam misi untuk menjadi pelakon hebat di pentas lakonan. Noor Kumalasari berkongsi pengalamannya semasa mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan di mana ketika itu dia seorang model.

Bukan mudah untuk menjadi pelakon

Noor Kumalasari berkata, bukan mudah untuk menjadi pelakon kerana dia perlu melakonkan watak orang lain depan kamera dan watak yang dilakonkan berbeza dengan diri sendiri.

“Saya bermula sebagai model, penyanyi dan kemudian pelakon. Semuanya bermula dengan tawaran dari Allahyarham Aimi Jarr yang ingin mencari pelakon yang memiliki rambut panjang.

“Arwah adalah kawan rapat arwah mak dan saya ditawarkan untuk berlakon dalam filem pertamanya tanpa sesi uji bakat. Saya juga mahu mencuba bakat selepas mendapat kebenaran dari arwah mak. Dengan bantuan guru lakonan dan Allahyarham Jins Shamsudin, filem itu berjaya.

“Ketika berlakon dengan Jins, saya perlu menangis sehingga jam 3 pagi untuk menjiwai babak dalam filem sedangkan saya baru saja lepas ketawa ketika itu. Menerusi bantuan ‘coach’ dan Jins, filem itu juga berjaya,” katanya.

Kata Noor Kumalasari lagi, dia juga tidak menggunakan nama besar kedua ibu bapanya untuk mendapat tempat dalam dunia seni.

“Sejak bergelar model lagi, saya memang memilih untuk berusaha sendiri dari bawah dan sampailah hari ini walaupun saya sudah jarang berlakon,”katanya.

Sementara itu, dalam forum yang sama Pengarah dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam berkongsi, dia pernah mengambil Noor Kumalasari untuk berlakon dalam filem pertama kerana terpikat dengannya yang juga seorang model yang cantik pada zaman itu. Katanya, bakat dan rupa penting untuk pemilihan pelakon.

Selain Noor Kumalasari dan Yusof Haslam, barisan ahli panel yang diundang mengupas topik itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim; Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam. Turut serta, pelakon baru, Sharifah Rose dan Hariz Hamdan serta aktor Fahrin Ahmad sebagai moderator.

Majlis pelancaran forum disempurnakan Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa. Hadir sama, Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Datuk A AidaDatuk Seri Zurainah MusaDatuk Tengku Khalidah Tengku BidinDatuk Yusof HaslamNoor KumalasariProf Dr Md Nasir Ibrahim
Share52Tweet33SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

“Rosak Dah Si LMK Ni..”- Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen?
Gossip

“Rosak Dah Si LMK Ni..”- Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen?

by Naddy Joe
January 30, 2023
‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian
Bollywood

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian

by Phic ARMAN
January 30, 2023
Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana Cetus Spekulasi, Zizan Razak Tampil Beri Penjelasan!
Gossip

Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana Cetus Spekulasi, Zizan Razak Tampil Beri Penjelasan!

by Naddy Joe
January 30, 2023
Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman
Lokal

Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman

by Mas Ayu
January 30, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  2. 2

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan