• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Mahu Atasi Tompokan Warna & Hiperpigmentasi Pada Kulit? MURAD Ada Penyelesaiannya!

by Phic ARMAN
December 10, 2022
Share on Facebook

Tompokan warna dan hiperpigmentasi kulit adalah masalah kulit biasa yang terhasil daripada peningkatan melanin – iaitu pigmen yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan mata – akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari, pengaruh hormon, umur, kecederaan kulit atau keradangan.

Terhasil secara semula jadi menerusi kulit dan apabila sel kulit rosak atau tidak sihat, sel kulit boleh menghasilkan terlalu banyak melanin, yang seterusnya berkelompok lantas ia mengakibatkan kawasan yang terjejas kelihatan lebih gelap.

Apabila punca masalah berkenaan ditemui dan dihentikan, usaha untuk memudarkan tompokan warna kulit ini akan mengambil masa, dengan pakar kulit menganggarkan satu tompokan yang lebih gelap sedikit daripada warna kulit semula jadi seseorang itu hanya pudar dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Dan sekiranya tompokan berkenaan sudah meresap ke dalam kulit, proses pemudaran akan mengambil masa bertahun lamanya.

Untuk membantu memperbaiki tompokan dan mencegah hiperpigmentasi, Murad Skincare telah mencipta Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45 | PA++++, yang bakal diperkenalkan di Malaysia bulan ini.

Serum selembut satin dengan 100% mineral SPF ini sudah dibuktikan secara klinikal untuk memperbaiki tompokan warna yang ketara dan mencegah hiperpigmentasi daripada terus berlanjutan.

Keunikan produk Murad ini terletak pada teknologi karotenoid dimilikinya – yang menggunakan sumber secara bertanggungjawab daripada adunan jojoba, squalane dan ekstrak buat tomato – yang memantulkan cahaya UV untuk keserian serta-merta dan bertindak sebagai antioksidan berkuasa untuk mencerah dan mengurangkan tompokan warna yang ketara.

Ia turut mengandungi ekstrak ubi bit yang menyediakan, dos penghidratan seumpama pelembap cepat menyerap yang digemari oleh semua jenis kulit. Bukan itu sahaja, ekstrak ubi bit juga merangsang pengeluaran Vitamin D kulit.

Dan SPF yang menakjubkan ini menyediakan perlindungan UV berasaskan mineral dengan spektrum meluas yang tidak meninggalkan lapisan putih untuk kulit benar-benar berseri yang telah diuji secara klinikal pada jenis kulit 1 hingga 6 Fitzpatrick – skema klasifikasi berangka bagi warna kulit manusia yang dibangunkan oleh pakar dermatologi untuk menganggarkan tindak balas jenis kulit berbeza terhadap cahaya UV.

Hasil kajian klinikal selepas dua minggu penggunaan – seperti diukur oleh penggredan pakar – menunjukkan bahawa 80% daripada mereka yang diuji menyaksikan penambahbaikan dari segi keserian kulit dalam dua minggu, dan 84% memperoleh kulit yang lebih cerah selepas empat minggu.

Justeru jika anda bergantung kepada serum dan pelindung matahari yang berbeza untuk memperbaiki masalah tompokan warna dan perlindungan daripada hiperpigmentasi, anda harus mencuba inovasi dua-dalam-satu terkini daripada Murad yang cukup baik untuk kulit seimbang, berminyak, kombinasi, kering dan sensitif.

Bukan sahaja ia lebih mudah dan berkesan, 91% yang mencuba buat pertama kali mengakui bahawa ia memberikan sapuan yang tidak ketara, dan kulit mereka berasa lembap serta-merta.

Regimen penggunaan yang disarankan:

Pertama, bersihkan permukaan kulit dengan Essential-C Cleanser Murad, kemudian bilas dan keringkan.
Kemudian gunakan Rapid Dark Spot Correcting Serum, diikuti dengan Pelembap Murad.
Akhir sekali, goncang Correct & Protect Broad Spectrum SPF 45 dan sapu pada muka, leher dan dada.

Di mana ia boleh didapati

Correct & Protect Broad Spectrum SPF 45 Murad akan dijual pada harga RM358 untuk botol 30ml. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, layari: www.murad.com.my/product/

Murad Skincare
https://lomp.at/3uzf1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Fesyen

Kalau Runsing Fikirkan Warna Baju-Tudung Yang Sesuai, Boleh Ikut 16 Idea Padanan Ini…

by Soph Azz
March 27, 2023

Pernah tak kamu buka almari baju dan tudung, kemudian termenung habiskan masa memikirkan warna mana yang sesuai dipadankan? Miss Murai...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore