Setiap kali tengok cermin, ada tak kamu perasan kepala ada lopong-lopong botak? Atau rasa macam “Alahai lambatnya nak panjang”?
Kalau tanya mana-mana wanita pun, tiada seorang pun yang tak nak rambutnya tumbuh panjang, berseri dan sihat. Ini kerana rambut merupakan aset dan mahkota bagi seorang wanita.
Tip Rambut Jadi Lebih Lebat & Panjang
Sekiranya kamu alami situasi di atas, rambut mula nak membotak atau lambat nak panjang, bolehlah cuba petua ini di rumah.
- Suhu air yang tinggi dan terlalu panas boleh rosakkan kulit kepala dan rambut. Jadi untuk elakkannya, tukar air mandian kepada air suam kerana ia boleh membuka kutikel rambut, tanggalkan sel mati, kotoran hingga kelemumur.
- Jangan kerap warnakan rambut kerana bahan kimia yang terkandung dalamnya boleh terkumpul dan rosakkan kulit kepala hingga menghalang pertumbuhan rambut.
- Kerap urut kepala, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama tiga hingga lima minit, kerana ia boleh lancarkan peredarah darah ke kulit kepala supaya pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.
- Air kolam renang mengandungi klorin yang boleh rosakkan dan melambatkan pertumbuhan rambut.
- Alat penggayaan rambut jika diguna dengan kerap, boleh menjadikan rambut mudah rapuh, patah dan gugur kerana habanya. Penyelesaiannya, biarkan rambut kering dengan udara secara semula jadi.
Selamat beramal!







