Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

MYDIN Balas ‘Tweet’ Azwan Ali, Netizen Puji- ” Smooth Je Dia Bagi”

by Phic ARMAN
January 3, 2023
Share on Facebook

Susulan dari berita kebakaran gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 Ahad lalu, pengacara Azwan Ali dilihat telah mengeluarkan sebuah tweet tentang isu ini.

Bukannya mengenai kebakaran, sebaliknya Azwan Ali atau lebih mesra dipanggil Diva AA dilihat menegur gedung perniagaan MYDIN pula.

Dalam kenyataannya di laman twitter peribadinya, Azwan Ali berkongsi tangkap layar sedutan video Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menari di laman TikTok. Umum mengetahui, akaun rasmi TikTok MYDIN sememanya aktif memuatnaik video hiburan disamping mempromosikan perniagaan mereka kepada pelanggan.

@mydinmalaysia

Selamat menyambut Tahun Baru 2023! #AmeerMydin

♬ original sound – Mydin Malaysia – Mydin Malaysia

Walaubagaimanapun, video tersebut tidak disenangi Azwan Ali dan mengaitkan hal ini dengan kejadian yang berlaku pada JAKEL. Azwan Ali juga menasihati pihak MYDIN  supaya muhasabah diri dari menari di TikTok.

MYDIN Balas Tweet Azwan Ali

Tanpa mengambil masa yang lama, akaun twitter rasmi MYDIN telah membalas kenyataan Azwan Ali dengan imej ‘Cermin” yang boleh didapati di MYDIN.

“Boleh dapatkan di MYDIN.”

Imej ‘Cermin’ yang merupakah salah satu barang kelengkapan diri yang dijual di MYDIN ini seolah-olah menggambarkan peribahasa ‘Cermin Diri’ yang bermaksud gambaran peribadi yang sebenar.

Tweet yang dikeluarkan oleh MYDIN ini telah mendapat pujian dari warganet, malah ada yang menyelar tindakan Azwan Ali mengheret isu JAKEL dengan MYDIN.

Sehingga artikel ini ditulis, tweet ini menerima lebih dari pada 1.7k tanda suka dan 1.1k retweet. Walaubagaimanapun, adakah anda pasti bahawa imej ‘cermin’ ditujukan kepada Azwan Ali atau sebaliknya?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
azwan aliDato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara