Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Kalau Ada Kedutan Penjuru Mata Semasa Senyum, Kamu Memang Untung!

by Lisa Ghani
January 11, 2023
Foto - Beauty

Foto - Beauty

Share on Facebook

Bila kedutan mula kelihatan, kita tidak dapat elak daripada memikirkan cara untuk menghilangkannya. Tanda penuaan semahunya mahu dihindari agar wajah tetap kelihatan mulus dan muda.

Untuk itu, ada yang sanggup berhabisan wang demi menyuntik cecair penegang otot seperti botoks semata-mata mahukan penampilan kulit tegang tanpa sebarang kedutan jelas.

Tapi tahukah kamu kedutan ada membawa untungnya.! Penemuan sains mengaitkan kedutan pada mata sebenarnya merupakan satu tanda ideal yang menguntungkan bagi individu yang memilikinya.

Dinamakan “Crow’s Feet” Idaman Ramai

Jelas saintis dan pakar psikologi, kedutan pada penjuru mata yang turut dipanggil dengan nama “Crow’s Feet” itu sebenarnya membuatkan penampilan seseorang bertambah unik, menarik dan kelihatan bijak.

Untuk pengetahuan semua, kedutan penjuru mata “Crow’s Feet” ini akan terlihat jelas saat seseorang senyum atau bergelak ketawa.

Foto – Instyle

“Crow’s Feet” secara amnya bukanlah kedutan yang memburukan wajah tetapi ia merupakan kedutan ekspresi yang sebenarnya menambah ‘pemanis’ pada rupa seseorang.

Senyuman kamu pastinya akan kelihatan lebih ikhlas dan tawa kamu akan nampak lebih ceria berbanding dengan orang yang senyum atau ketawa tetapi tidak memiliki garis-garis kedutan pada penjuru mata sebegini.

Pakar Bedah Plastik Sokong Kedutan “Crow’s Feet”

Pakar bedah plastik tidak mengesyorkan pelanggan untuk menghilangkan kedutan pada penjuru mata. Ini kerana, ia sebenarnya elemen kecantikan yang harus dibanggakan. Apabila usia sudah meningkat tua nanti, tanda kedutan itu akan membuatkan wajah terlihat lebih ceria dan manis.

Mereka yang memiliki kedutan di penjuru mata juga lebih senang didekati kerana personaliti mereka yang seolah lebih mesra dan positif. Berbanding dengan mereka yang tidak memiliki kedutan di penjuru mata, terutamanya ketika senyum.

Foto – Vulture

Menarikkan? Jadi, nak simpan ke buang?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
crow’s feetkedutan mata
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara