Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

4 Rahsia Kecantikan Sophia Latjuba, Salah Satunya Suka Makan Tempe?

by Soph Azz
January 18, 2023
Foto - Grid Oto

Foto - Grid Oto

Share on Facebook

Ada yang tahu ke bahawa Sophia Latjuba, aktres dan penyanyi Indonesia ini sudah berusia 52 tahun?

Memang terkejut selepas Google usianya kerana wajah Sophia langsung tak nampak menua, malah makin lama makin cantik! Tak ubah seperti wanita lewat 20-an, aktres ini dikatakan sangat mementingkan bab kecantikan dan kesihatannya tau.

Bila pentingkan bab ini, memang tak hairanlah kalau dia boleh kekal ramping serta menawan sehingga sekarang. Tanpa membuang masa, Miss Murai nak kongsikan apa rahsia Sophia Latjuba untuk kekal cantik dan sihat sehingga sekarang yang kamu juga boleh cuba.

1. Amalkan diet vegan 

Menjaga pola pemakanannya, Sophia tidak akan mengambil makanan yang berasaskan haiwan, dan lebih memilih untuk diet vegan iaitu makan makanan berasaskan tumbuhan. Diamalkan sejak 10 tahun yang lalu dengan konsisten, Sophia mendedahkan dirinya jarang sakit.

View this post on Instagram

A post shared by Sophia Latjuba (@sophia_latjuba88)

Antara makanan kegemaran Sophia adalah tempe, tauhu, buah, oat bersama biji chia dan juga susu soya.

2. Bersenam dengan kerap: yoga

View this post on Instagram

A post shared by Sophia Latjuba (@sophia_latjuba88)

Tak menjadi rahsia, Sophia adalah peminat kepada senaman yoga tau! Pernah dikongsinya, dalam masa sehari dia akan meluangkan masa untuk lakukan senaman ini dengan kerap. Bukan itu saja, Sophia turut mempunyai sijil untuk mengajar yoga.

3. Menitikberatkan soal penjagaan wajah

View this post on Instagram

A post shared by ?? Ultherapy Botox Filler (@dr_oliviaong)

Berbanding daripada kesihatan, sudah semestinya bab kecantikan menjadi perkara penting kepada penampilan Sophia. Selain daripada melakukan rutin kecantikan, mak anak dua ini juga kerap melakukan prosedur skin tag laser removal di klinik estetik untuk kurangkan penyumbatan kelenjar minyak dalam kulit.

4. Pastikan badan mendapat rehat secukupnya

Sama seperti orang lain, Sophia pernah mendedahkan bahawa dia tidak pernah memaksa dirinya untuk kerja tanpa berhenti. Katanya hal kerja dan gaya hidupnya tidak boleh bercampur; waktu bekerja kena bekerja dan waktu rehat kena rehat secukupnya.

View this post on Instagram

A post shared by Sophia Latjuba (@sophia_latjuba88)

Kebiasaannya Sophia akan cuti sebanyak 2-3 kali seminggu selepas beberapa hari bekerja. Dan cara untuk dia berehat dengan secukupnya adalah tidur on-time dan pastikan cukup.

Kalau Sophia Latjuba boleh berbadan seperti anak dara, kamu juga pasti boleh!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
rahsia kecantikan sophia latjubaSophia Latjuba
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara