Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Banyak Aktiviti! Memang Seronok Sambut Tahun Baru Cina di LEGOLAND® Malaysia

by Phic ARMAN
January 18, 2023
Share on Facebook

Tidak lama lagi, kaum cina di Malaysia akan sambut Tahun Baru Cina dan ramai akan bercuti. Agak-agak apa rancangan anda bersama teman-teman atau keluarga untuk cuti kali ini?

Kalau mana yang belum ada apa-apa perancangan, apa kata anda semua sambut di LEGOLAND MALAYSIA di Johor pula? Dari 13 Januari hingga 5 Februari 2023, di sini akan dipenuhi dengan perayaan budaya, aktiviti dan persembahan dengan sentuhan LEGO dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Kami di MURAI MY bertuah kerana diberi peluang oleh LEGOLAND MALAYSIA untuk merasai pengalaman sendiri pada Jumaat yang lalu. Tak perlu nak dijelaskan lagi, semua orang pun tahu taman keriangan ini memang best dengan aktiviti yang mereka sediakan.

Apa yang menari di LEGOLAND sempena Tahun Baru Cina ini, masuk sahaja di pintu utama, semuanya dihiasi dengan tema tahun baru cina. Pastinya anda suka dan banyak spot menarik untuk bergambar.

Pada tahun ini, anda boleh menikmati sambutan yang dipenuhi dengan aktiviti yang akan membawa anda tuah dan kemakmuran di seluruh resort dari Taman Tema LEGOLAND, Taman Air, Hotel LEGOLAND dan SEA LIFE Malaysia.

Beberapa aktiviti menarik yang tetamu boleh nantikan termasuk:

Pentas Utama

Persembahan kebudayaan serba baharu yang dipilih susun untuk musim Tahun Baru Cina seperti  Tarian Zodiak Bersama, Kisah Raja Monyet dan banyak lagi. Jangan ketinggalan persembahan Tarian Singa tradisional  yang rugi terlepas kalau tidak menyaksikannya hanya pada 22 Januari 2023.

Roda Bertuah

Kalau nak mencuba nasib? Boleh lah mencuba untuk putarkan Roda Bertuah dan anda mungkin salah seorang yang bertuah untuk berjalan pulang dengan hadiah menarik.

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

Watak-watak menyeronokkan

Anda juga boleh bertemu watak-watak menyeronokkan yang terdapa disini! Dengan Raja Monyet yang nakal, Opera Cheng Du, dan Ollie the Dragon dalam pakaian Tahun Barunya.

Bina versi Lego unik arnab anda sendiri

Serlahkan kreativiti anda dengan membina versi Lego unik arnab anda sendiri dengan aktiviti Bina-A-Arnab!

The Wisdom Tree

Manaka jika anda mempunyai hajat tertentu,  tulis dan gantungkan hajat  anda di The Wisdom Tree dengan bunga sakura yang cantik dan siapa tahu hajat anda mungkin menjadi kenyataan!

Kanak-kanak boleh menikmati pembelajaran tentang tradisi dengan Yo-Yo Cina, aktiviti Jian Zi, Tarian Reben Lunar dan banyak lagi!

Sementara itu, Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort, CS Lim berkata ;

“Di LEGOLAND Malaysia Resort kami percaya kepentingan mengekalkan budaya dan tradisi yang disambut di Malaysia melalui pendidikan generasi akan datang. Tahun ini, kami memastikan untuk menyambut Tahun Baharu Lunar sepenuhnya dengan mengatur aktiviti kebudayaan dan persembahan serba baharu untuk dinikmati tetamu.

Dalam proses itu, kami tetap setia pada DNA LEGO kami dalam pembelajaran melalui bermain di dalam resort kami dan tetamu akan mendapati bahawa aktiviti kami mempunyai aspek pendidikan yang direka bentuk ke dalam semua pengalaman baharu di resort itu,” ujarnya.

Seronok bukan? Untuk malumat lanjut tentang sambutan Lunar New Year di Legoland, anda boleh layari terus ke website mereka dan juga social media mereka.

Legoland Malaysia
https://lomp.at/le495
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara