Maya Karin- Antara salah satu selebriti yang Miss Murai memang gemar dan minat sejak usia remaja lagi. Selain daripada bakat hebatnya sebagai pelakon, Miss Murai turut kagum dengan kecantikannya juga. Kalau diperhatikan, memang tak nampak tanda-tanda menua, malah makin cantik dan sihat di usia 43 tahun!
Berbeza daripada orang lain, kecantikan semula jadi Maya makin terserlah walaupun tidak mengenakan sebarang mekap atau mekap yang sangat nipis. Kalau kamu sama seperti Miss Murai tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan Maya, baca perkongsian di bawah;
#1 Banyakkan minum air suam
Kongsi Maya, rutin penjagaan wajahnya adalah mudah iaitu minum air suam setiap hari dengan secukupnya. Ini kerana air suam boleh meningkatkan suhu badan dan metabolisme dalam badan. Bukan itu saja, air suam juga dapat membantu tubuh badan kita membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
#2 Guna bahan semula jadi di dapur untuk kecantikan
Menurut Maya, selain daripada air suam dia juga sering amalkan petua yang pernah diajarkan kepadanya ketika muda. Antaranya adalah memakai mask rambut dan wajah, scrub serta serum rambut.
Dibuat sendiri mengikut budaya Indonesia, bahan utama yang Maya guna untuk buat mask adalah alpukat. Kalau kamu nak tahu alpukat sangat bagus untuk rambut dan wajah kerana ia mengandungi pelbagai vitamin serta minyak yang diperlukan oleh badan.
#3 Amalkan diet yang seimbang dan sihat
Akhir sekali, Maya turut amalkan diet pemakanan yang seimbang memandangkan dia alah pada kekacang dan hasil tenusu. Bagi makanan fast food, tin dan siap dibungkus akan cuba dielakkan serta dikurangkan.
“Saya hanya makan makanan yang baru dimasak tanpa bahan pengawet. Contohnya, makanan di kedai nasi campur kerana saya tahu mereka masaknya pagi tadi. Dan antara makanan yang akan saya pilih adalah sayur bayam, pucuk paku dan tempe.”
Rasanya tips kecantikan Maya Karin yang paling simple dan senang kalau nak ikut, kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.