Saturday, September 30, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

Fakta Tentang Davika Hoorne, Patung Barbie Di Dunia Realiti

by Soph Azz
January 25, 2023
Foto - Twitter

Foto - Twitter

57
KONGSIAN
Share on Facebook

Pencinta Thai Lakorn (drama televisyen Thailand) dan filem, pasti kamu familiar sangat dengan aktres Davika Hoorne. Iya… Davika yang pernah jadi popular gara-gara watak “Pee Mak” yang dilakonkan bersama Mario Maurer.

Kalau kamu nak tahu, populariti Davika bukan sahaja disebabkan oleh rupa paras dan bakat lakonannya saja. Tetapi bakat nyanyian dan peragaan sehinggakan dia menjadi duta bagi jenama-jenama mewah. Hebat kan?

Davika yang turut mendapat jolokan “Patung Barbie” di dunia realitinya ini sememangnya antara individu yang bertuah, dikurniakan pelbagai bakat. Nak tahu lagi tentangnya, mari Miss Murai kongsikan beberapa…

Mata sebagai penarik utama

Walaupun memiliki paras rupa yang sangat cantik seperti Barbie, tapi tarikan utama Davika adalah matanya. Memiliki mata yang bulat dan ‘sejuk’, membuatkan ramai yang menjadi tenang apabila melihatnya.

View this post on Instagram

A post shared by davikah (@davikah)

Terkenal dengan gelaran “Pee Mak”

Ditayangkan pada 2017, Davika telah membintangi filem Pee Mak yang dilakonkan bersama Mario Maurer. Sejak daripada filem ini, nama Davika sering menjadi sebutan dan popular dengan gelaran “Pee Mak”.

YouTube video

Filem komedi seram ini menceritakan tentang pasangan suami isteri Mak (Davika) yang meninggal saat melahirkan anak semasa Nak (Mario) pergi berperang. Selepas balik daripada perang, mereka hidup dengan bahagia tapi lama-kelamaan Nak baru tahu yang Mak adalah sebenarnya hantu.

Ikon fesyen yang popular di Thailand

Cantik bergaya dengan apa jenis pakaian, Davika telah menjadi ikon fesyen bagi peminatnya di Thailand dan juga luar negara. Kamu boleh lihat pelbagai gayanya, bermula daripada gadis yang cute hingga ke boyish yang sangat chic. Ditambah pula dengan solekan yang sesuai, memang naik seri setiap gayanya.

View this post on Instagram

A post shared by davikah (@davikah)

Disebabkan oleh taste dalam berfesyen, Davika telah menjadi tawaran untuk menjadi duta jenama mewah, salah satunya L’Oreal Paris, Louis Vuitton dan Gucci.

Individu yang paling mahal bayarannya 

Tak dinafikan dengan bakatnya, Davika telah ‘diangkat’ sebagai salah seorang aktres yang memiliki bayaran yang paling mahal di Thailand. Ini kerana dia telah menerima pelbagai penghargaan. daripada Female Rising Star hingga ke Best Actress dari tahun 2011-2019.

Ada yang kata, Davika dibayar hingga RM26000K untuk hadiri majlis dan hingga RM1 juta untuk pengiklanan.

Ada kafe sendiri

Mungkin ada yang tidak tahu, Davika sebenarnya memiliki kafenya sendiri. Diberi nama “Misstar Cafe by Davika”, kafe ini terletak di Bangkok dan telah menjadi hot spot untuk peminat dan orang muda melepak di sini. Kafe ini mempunyai reka bentuk yang klasik dan lebih semula jadi yang membuatkan kamu boleh nikmati secawan kopi bersama pilihan pastri di dalam atau di luar kafe (jika nak feeling seperti sedang berkelah).

View this post on Instagram

A post shared by Misstarcafe (@misstarcafe)

Pernah berjalan untuk Dolce & Gabbana 

Aktif sebagai seorang model juga, Davika pernah menjadi salah satu model yang tampil berjalan untuk Dolce & Gabbbana SS19 di Milan di samping Monica Belluc, Ashley Graham, Emily Ratajkowski, Jessica Jung, Dilraba Dilmurat dan Lady Kitty Spencer.

Foto – Twitter

Psst… Yang lelaki jangan patah hati pula ye kerana Davika sudah memiliki kekasih iaitu Ter Chantavit.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER davika hoornepee mak
Share23Tweet14SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    [VIDEO] Puteri Ameerah Dipuji Cantik & Anggun Oleh Rakyat!-“Cara Dia Berjalan Ada CLASS!”

  3. 3

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  5. 5

    Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan