Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rambut Makin Menipis Atau Botak? Cuba Guna Bahan Semula Jadi Pula…

by Soph Azz
February 10, 2023
Foto - Dermatological Society of Singapore

Foto - Dermatological Society of Singapore

146
KONGSIAN
Share on Facebook

Walaupun rambut adalah mahkota setiap individu, percayalah tak semua orang memiliki rambut yang mereka inginkan. Ada yang mempunyai rambut yang kurang lebat, sangat nipis hingga ke botak. Dan disebabkan itu, mereka yang alami situasi ‘kurang bernasib baik’ ini akan mencuba pelbagai cara bagi mendapatkan rambut idamannya.

Siapa yang memiliki rambut jenis nipis atau botak, pasti tahu betapa insecure diri kamu, hari demi hari.

Ada banyak cara untuk kamu dapatkan semula rambut idaman, tak kiralah rambut lebat, bersinar atau pun sihat. Kamu boleh lakukan rawatan rambut di salon, atau salah satu cara yang menjimatkan wang adalah rawat dari rumah sahaja!

Nak tahu caranya? Psst… Cara ini hanya guna bahan semula jadi sahaja ye…

#1 Daun Inai 

Bukan hanya boleh dipakai di jari sahaja, daun inai juga boleh digunakan di kepala untuk merawat beberapa masalah rambut termasuklah masalah kulit kepala. Kalau kamu nak tahu, pakai daun inai secara berkala di kepala, boleh mengembalikan rambut yang sihat, warna rambut yang semula jadi dan pertumbuhan anak rambut dengan cepat.

Foto – Inai Rambut Halal (FB)

Cara nak gunanya pula,

  1. Ambil segenggam daun inai, kisar atau tumbuk hingga lumat.
  2. Tambah sedikit air untuk dijadikan bentuk pes.
  3. Kemudian ratakan di seluruh kepala, pastikan kena kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama 3 jam.
  4. Selepas itu bilas dengan air bersih dan pastikan guna perapi,
  5. Ulang sebanyak 2 kali seminggu.

#2 Alpukat (Avocado)

Siapa yang meminati buah alpukat, kamu perlu tahu buah ini bukan hanya boleh dijadikan sapuan roti, jus, atau masker wajah sahaja. Ia juga boleh digunakan pada rambut.

Foto – Beautiful Hamesha (Blog)

Cara-caranya:

  1. Ambil isi alpukat dan lumatkan bersama sebiji pisang.
  2. Sapu campuran ini ke kulit kepala, dan urut perlahan-lahan supaya ia rata di seluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama setengah jam untuk kering.
  4. Kemudian basuh dengan syampu dan lembapkan dengan perapi.

Ada yang katakan selepas menggunakan trik ini, rambut akan nampak lebih tebal dan beralun. Bukan itu sahaja, rambut yang nampak kusam pun boleh berubah menjadi segar dan tekstur setiap helaian rambut pula diperbaiki.

#3 Lidah Buaya (Aloe Vera)

Semua orang tahu betapa bagusnya lidah buaya ini. Dan salah satu kebaikannya adalah ia boleh kurangkan keguguran rambut.

Foto – Pinkvilla

Cara untuk guna lidah buaya:

  1. Ambil 1-2 daun lidah buaya dan potong bahagian tengahnya.
  2. Kemudian ambil gel atau lendirnya itu, sapu dan lumurkan pada rambut sehingga rata.
  3. Selepas yakin rata, urut kulit kepala selama 5 minit dengan perlahan dan lembut.
  4. Akhir sekali cuci sehingga bersih.

#4 Minyak kelapa dan zaitun

Sekadar info, minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang boleh mencegah pertumbuhan rambut yang rosak. Manakala minyak zaitun pula adalah perawat yang mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang ada bahan kimia.

Foto – Watsons / Tokopedia

Cara guna minyak kelapa sahaja untuk atasi masalah rambut gugur:

  1. Lumur minyak kelapa ke seluruh kepala hingga mengenai kulit kepala.
  2. Urut kulit kepala sekurang-kurangnya 5-10 minit.
  3. Bilas dengan bersih dan ulang sebanyak 3-5 kali seminggu.

Untuk guna minyak kelapa dan zaitun pula:

Foto – Watsons / Tokopedia
  1. Campurkan kedua-dua minyak ini sebanyak 2 sudu bagi setiap minyak.
  2. Campuran minyak tadi disapu pada seluruh kulit kepala sebelum tidur.
  3. Urut selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut menggunakan topi mandi.
  4. Biarkan semalaman dan cuci dengan bersih menggunakan syampu pada keesokkan harinya.

Selamat mencuba~

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

cara elak rambut nipis botaktips elak rambut gugurtips rambut lebat
https://lomp.at/gyoho
Share58Tweet37SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem