Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Tiada Lagi Kedutan! Begini Cara Sebenar Sapu Krim Mata Ramai Tak Tahu

by Lisa Ghani
February 23, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Berapa ramai yang teringgal rutin krim mata? Cepat, mengaku! Stess tengok kedutan di mata, tapi kamu sendiri tak pakai krim.

Untuk pengetahuan kamu, krim mata adalah antara produk yang termahal kerana bahan dan ramuan yang terkandung di dalamnya sangat bernilai dan berkesan.

Namun, biar beratus mana pun harga krim mata berjenama yang dioles ke bahagian mata yang sembab dan berkedut itu, tanda penuaan tetap tidak hilang sedikit pun. Di mana salahnya?

Menurut pakar kecantikan kulit, cara kamu menyapu krim mata itu sebenarnya penyebabkan knappa kedut tak hilang. Malah, melambatkan kesan produk dalam memperbaiki kerosakan kulit keliling mata.

Foto – Beauty Insider

Guna jari manis

Oleh sebab wajah adalah bahagian kulit yang paling sensitif dan mudah terjejas, perlu guna jari manis sama ada untuk mengurut atau menyapu produk. Ini kerana, jari manis adalah jari yang memiliki daya tekanan paling lemah jika hendak dibandingkan dengan jari-jari lain.

Letakan krim dalam bentuk ‘dot’ pada beberapa bahagian mata

Kebanyakan dari kita hanya ingat krim mata untuk disapu ke bahagian bawah mata sahaja namun, cara betul adalah untuk meletakkannya pada bahagian bawah mata, bawah tulang kening dan keseluruhan kelopak mata termasuk penjuru mata.

Sapu dengan cara menekap-nekap lembut guna jari manis

Jangan sesekali menyapu krim dengan cara menarik atau menolak. Cuma perlu menekap-nekap lembut dengan jari manis sehingga semua produk meresap rapi ke dalam kulit.

Urut dengan gerakan membulat

Jika krim mata anda adalah berasaskan krim yang berminyak, mungkin sedikit sukar untuk ia menyerap ke dalam kulit. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan membuat urutan lembut sambil memanfaatkan gerakan membulat. Urut ringan tanpa perlu menekan kuat ke permukaan kulit sehingga semua produk diserap rapi.

Ikut cara ini, nescaya kedutan mata mulai menghilang. Selamat beramal!

cara sapu krim matakedutan matakrim mata
https://lomp.at/o53jx
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara