Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

10 Tempat Yang Menawarkan Menu Rahmah Serendah RM4.50

by Amirul Fikry
February 24, 2023
378
KONGSIAN
Share on Facebook

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan program menu rahmah awal tahun ini bagi menggalakkan restoran menjual makanan pada harga berpatutan.

Sebanyak 15,000 restoran yang komited terhadap inisiatif menyediakan makanan serendah RM5, kerajaan berharap golongan berpendapatan rendah mampu membeli makanan walaupun kos sara hidup kian meningkat.

Ini Adalah 10 Tempat Yang Menawarkan Menu Rahmah

1. Mydin

VIA facebook Mydin Malaysia

Mydin merupakan salah satu tempat pertama yang menerima pakai inisiatif Menu Rahmah yang menjanjikan set makan tengah hari dan makan malam pada harga RM4.90 di seluruh 28 cawagannya di seluruh malaysia. Hidangan set berubah setiap hari, terdiri daripada nasi sama ada ayam atau ikan sebahagian daripada sayur-sayuran dan sebotol air mineral.

2. AEON BiG

VIA facebook AEON BiG
VIA facebook AEON BiG

AEON BiG menawarkan menu yang berbeza setiap hari dari 20 Februari hingga 19 Mac di semua cawangan kecuali di Sri Petaling dan Mid Valley. Pelangan yang meminati boleh membeli makanan ataupun pastri yang berharga RM4.95 satu set dari 12 tengah hari hingga 2 petang.

3. Burger King

VIA facebook Burger King Malaysia

Burger king merupakan makanan fast-food pertama yang menawarkan Menu Rahmah. RM5 dengan memilih sama ada mahukan BK Chick’N Crisp ataupun Cheesy Beef burger berserta sebotol air mineral.

4. Old Town White Coffee

VIA facebook Old Town White Coffee

Old Town White Coffee menawarkan set Nasi Lemak Rahmah  pada RM4.50 atau dengan tambahan sosej atau ayam minced pada RM5. Kesemua set di datangkan dengan air Limau Ais.

5. Hotbox & Chatime

VIA facebook Hotbox Malaysia
VIA Hotbox Malaysia

Dari 3 Februari hingga 28 Februari, Hotbox’s Ayam Dc atau Sosej Daging Frankfurter serta air Chatime Pearl Milk Tea atau Grass Jelly Roasted Milk Tea pada harga RM5

6. Restoran Ali Maju

VIA facebook Bernama
VIA facebook Salahuddin Ayub

Menteri KPDN memuji rankaian mamak ini kerana turut serta dalam program Menu Rahmah dan menawarkan hidangan dengan hanya RM5 di banyak cawangan mereka di sekitar Lembah Klang.

7. Ayam Pak Sheikh, Selangor

VIA facebook Ayam Pak Sheikh

Restoran di Subang Jaya ini menyertai kempen kerajaan dengan menyediakan Nasi Sambal, iaitu nasi putih, salad, timun, sambal hijau dan dua ketul ayam goreng dengan harga RM5 di kedai mereka.

8. Warong Pecel Lele, Cyberjaya

VIA facebook Cyberjaya info
VIA facebook Cyberjaya Info

Boleh di dapati pecel ayam, pecel lele, soto ayam, gado-gado atau mee ayam pada RM5. kedai ini bertempat di Arena Sukan TSI di Cyberjaya.

9. Good Good Lucksaa, Kedah

VIA facebook Good Good Lucksaa – Halal Laksa House

Kedai ini terletak di Sungai Petani Kedah turut menawarkan pelbagai jenis laksa pada giliran Menu Rahmah mereka. Boleh didapati dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang setiap Isnin, Selasa dan Khamis.

10. Seri Kasih Cafe Tangkak, Johor

VIA facebook Seri Kasih Cafe Tangkak

Anda boleh mendapatkan hidangan RM5 di kafe di Tangkak setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang. Nasi putih dengan ayam goreng atau ikan dan sayur-sayuran serta kari. Mereka juga bersedia menghantar kepada pelanggan di sekitar kawasan Tangkak secara percuma sebagai tanda sokongan program itu.

Jangan lupa ikuti MURAI MY di Instagram, Facebook, Telegram dan semua platform media sosial yang ada.

ayam gorengburgermakanan murahmenu bajetmenu rahmahrm5
https://lomp.at/isq1w
Share151Tweet95SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem