• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Betul Ke Minum Matcha/Teh Hijau Setiap Hari Boleh Mandul?

by Soph Azz
February 27, 2023
Foto - iStock

Foto - iStock

Share on Facebook

Siapa peminat tegar minuman matcha di sini?

Hujung minggu baru ini, Miss Murai ada scroll TikTok dan melihat beberapa video yang dikongsi oleh pengguna lain. Dalam banyak-banyak video, ada sebuah video yang menarik perhatian Miss Murai iaitu minuman matcha boleh menyebabkan kemandulan. Ada juga pengguna lain mendakwa, minum matcha setiap hari boleh membuatkan seseorang itu mandul tanpa sedar, terutamanya wanita.

Tak dinafikan peminat minuman matcha termasuklah Miss Murai turut berasa takut dan gelisah apabila mendengarkan hal tersebut. Disebabkan oleh itu, Miss Murai lakukan sedikit ‘penyelidikan’ dan mencari kesahihan pernyataan tersebut.

Buat peminat minuman matcha yang nak tahu sama ada minuman matcha boleh mandulkan seseorang atau tidak, scroll dan baca perkongsian Miss Murai di bawah…

Emm…Boleh mandul ke? 

Dipetik daripada Nova, Dr. Yassin Yanuar Mohammad iaitu Pakar Obstetrics & Gynecology (OB-GYN); mendedahkan bahawa minuman matcha atau teh hijau tidak boleh menyebabkan kemandulan.

Foto – Healthline / NDTV Food

Lebih-lebih lagi kalau kamu mengambil minuman ini dalam kandungan kafeinnya yang kurang atau di bawah 200mg setiap hari. Ianya tidak berbahaya dan tidak mengganggu kesuburan.

Malah ada juga pakar kesihatan lain mendedahkan matcha dan teh hijau adalah minuman yang mempunyai antioksidan yang tinggi. Kandungan antioksidan tersebut boleh menurunkan radikal bebas dan bagus untuk kandungan.

Tapi ada yang kata boleh gangu kesuburan dan kandungan…

Sekiranya diambil dengan kuantiti yang banyak atau melebihi dos yang sepatutnya setiap hari, secara tidak langsung matcha dan teh hijau boleh mengganggu tahap kesuburan serta kandungan seseorang. Menurut Helen Kim, pakar Endocronologist di Baby Center mengatakan teh hijau mengandungi kafein sama seperti kopi.

@gn4sty

rip #LinkBudsNeverOff #fyp #OREOBdayStack #foryoupage #foryou

♬ can yall give me ib credit tf – t

Mengambil lebih daripada 200mg setiap hari, minuman ini boleh meningkatkan risiko keguguran dan menganggu kesihatan bayi dalam kandungan. Bukan itu sahaja, minuman teh hijau dan matcha boleh membuatkan tahap folic acid dalam badan seseorang wanita itu menjadi rendah.

Folic acid sangat penting untuk wanita yang ingin atau sedang hamil kerana ia dapat mencegah kecacatan kelahiran di bahagian otak serta tulang sumsum bayi.

Kamu boleh minum matcha dan teh hijau, tapi pastikan dalam kuantiti sederhana ye. Bagi ibu mengandung pula, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dulu. Semoga bermanfaat~

matchamatcha boleh bagi mandulteh hijau boleh mandul
https://lomp.at/t7u63
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore