Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026
Burnout

Foto - @healthyuofm (IG)

Share on Facebook

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati kalau rasa begini, mungkin kamu tengah alami burnout!

Tak kiralah di rumah atau di tempat kerja, seseorang individu boleh alami burnout tanpa dia sendiri sedar. Bila dalam situasi ini, individu tersebut boleh alami keletihan yang melampau sehingga aktiviti hariannya boleh terganggu.

Jadi bila kamu rasa seperti tengah burnout, ini yang perlu kamu lakukan untuk atasinya.

5 Cara Atasi Burnout

Penting untuk kamu tahu yang burnout ini tak boleh hilang dan diatasi dalam sekelip mata. Ianya memakan masa dan perlu dilakukan dengan konsisten. Kamu boleh cuba atasi dengan cara berikut:

#1 Senaraikan masalah yang dihadapi 

Pertama sekali senaraikan masalah yang kamu hadapi. Apa yang kamu boleh lakukan adalah, ambil sebatang pensel dan sehelai kertas. Tulis segala masalah yang kamu hadapi. Tujuannya adalah untuk mudahkan kamu faham apa masalah yang ada dan elak daripada serangan panik.

#2 Cuba berinteraksi dengan orang lain 

Bila badan dan mental rasa letih, memang kamu tak akan rasa nak berinteraksi dengan orang lain. Tapi MURAI syorkan kamu untuk kekal berinteraksi dengan sesiapa sahaja. Tak kiralah bercakap tentang hari kamu atau apa-apa sekalipun.

#3 Pastikan makan makanan yang berkhasiat

Cuba elakkan daripada makan makanan yang tinggi dengan kandungan gula, kafein dan lemak trans. Ini kerana ia boleh menurunkan tahap tenaga dan menggangu mood. Nak lebih baik, cuba makan makanan yang mengandungi omega-3 seperti salmon, alpukat, sayur-sayuran dan lain-lain lagi.

Topik Berkaitan Kerja Seronok Tapi Mental Penat? Cuba Tanya Diri Kamu 5 Soalan Ini!

#4 Dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti 

Ramai yang fikir tidur dan tak buat apa-apa. Betul, tapi rehat di sini adalah kamu perlu nikmati masa rehat dan bukannya berehat kerana kamu disuruh untuk berehat. Kamu boleh luangkan masa berehat dengan mendengar muzik, baca buku, berjalan-jalan atau tidur. Tapi kalau tidur, pastikan dapat tidur yang cukup ye…

#5 Seimbangkan masa antara kerja dan me-time 

Ramai yang akan cuba fokuskan pada kerja berbanding dengan masa untuk diri sendiri. Salah sebenarnya kerana kamu perlu kekalkan keseimbangan dalam kehidupan. Tetapkan masa bekerja dan selepas itu lakukan apa sahaja yang kamu suka sama ada berjalan-jalan, makan atau bertemu dengan rakan sebagai ‘hadiah’ untuk diri kamu.

Kalau rasa makin teruk atau tiada perubahan positif, kamu juga boleh berjumpa dengan kaunselor. Semoga bermanfaat!
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
burnoutburnout di tempat kerjacara atasi burnoutpunca burnout
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara