Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Pink October: LAC Community x FemFamm Ingatkan Wanita Pentingnya Pemeriksaan Awal

by Nurul A.
October 28, 2026
Foto - LAC Community x FemFamm

Foto - LAC Community x FemFamm

Share on Facebook

Menurut kajian kebangsaan yang diterbitkan dalam BMC Public Health pada tahun 2023, 7 daripada 10 wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas berpendapat bahawa saringan kanser payudara hanya perlu dilakukan apabila gejala muncul. Dapatan ini menunjukkan pentingnya meningkatkan kesedaran dan menggalakkan perbincangan terbuka mengenai saringan kanser payudara. 

Sempena Pink October, LAC Malaysia dengan kerjasama FemFamm menghimpunkan 85 wanita berpakaian merah jambu di Reserve Pickle & Padel, Kota Damansara, bagi menyertai sesi LAC Community yang menggabungkan perkongsian ilmu dan aktiviti fizikal.

FemFamm merupakan komuniti khusus wanita yang menggalakkan aktiviti fizikal, pembelajaran dan hubungan sesama ahli. Dikendalikan oleh Dr Christina Lai Nye Bing, Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Picaso, dan Cynthia Jetan, Pakar Perunding Nutrisi LAC Malaysia, sesi ini membincangkan bagaimana kesedaran dapat membantu wanita menjaga kesihatan diri dengan lebih baik.

Pink October Ingatkan Wanita Pentingnya Pemeriksaan Awal

Mesej utama yang diketengahkan sepanjang sesi ialah rasa sihat tidak semestinya bermakna semuanya berada dalam keadaan baik. Menurut Dr Lai, terdapat dua salah tanggapan yang sering dikemukakan oleh pesakit: seseorang tidak berisiko jika tiada sejarah keluarga menghidap kanser payudara dan tiada masalah jika tidak mengalami kesakitan.

Foto – LAC Community x FemFamm

“Salah satu salah tanggapan yang saya harap lebih ramai wanita Malaysia fahami ialah, ‘Jika tiada sejarah kanser payudara dalam keluarga saya, saya tidak perlu bimbang.’ Hakikatnya, kebanyakan wanita yang disahkan menghidap kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga yang ketara. Satu lagi salah tanggapan ialah, ‘Jika tidak sakit, keadaan itu tidak mungkin serius.’ Kanser payudara pada peringkat awal sering kali tidak menyebabkan kesakitan. Tiada sejarah keluarga tidak bermakna tiada risiko, dan tiada kesakitan tidak bermakna tiada masalah.”

Beliau turut menjelaskan bahawa ketulan bukan satu-satunya tanda yang perlu diberikan perhatian. Tanda-tanda lain termasuk kulit payudara yang berlekuk, perubahan pada puting, cecair yang keluar secara spontan daripada putting (terutamanya jika bercampur darah), atau bengkak di kawasan ketiak.

Topik Berkaitan LAC Malaysia Lancar LAC Community- Galakkan Gaya Hidup Aktif Melalui Sokongan Komuniti
Pink October
Foto – LAC Community x FemFamm

Dari perspektif nutrisi, Cynthia menjelaskan bahawa menjaga kesihatan tidak memerlukan diet khas untuk kesihatan payudara. Sebaliknya, Pink October menjadi peringatan yang baik untuk melihat kesihatan secara menyeluruh, daripada apa yang kita makan kepada tahap aktiviti fizikal dan kualiti rehat.

“Daripada terlalu memikirkan makanan yang perlu dielakkan, cuba fikirkan apa yang boleh ditambah kepada hidangan yang sudah biasa kita nikmati. Jika makan nasi campur, tambahkan satu hidangan sayur. Jika minum teh tarik, minum juga segelas air kosong. Kita tidak perlu mengubah keseluruhan cara makan. Kadangkala, membuat satu pilihan yang lebih baik pada satu-satu masa jauh lebih mudah untuk dikekalkan.”

Bagi wanita yang sibuk menguruskan kerja, keluarga dan jadual harian yang padat, Cynthia menyarankan untuk menyediakan telur rebus, buah-buahan yang telah dipotong atau sayur-sayuran, membawa botol air sendiri dan tidak melangkau waktu makan. Beliau turut menyentuh peranan vitamin D dan asid lemak omega-3, menjelaskan bahawa suplemen boleh membantu melengkapkan kekurangan nutrien, namun tidak boleh menggantikan diet seimbang.

Foto – LAC Community x FemFamm

Untuk makluman, kesemua yuran penyertaan bagi sesi Pilates Pink-Lates pada pagi tersebut, berjumlah RM2,852.98, akan disumbangkan kepada Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA). BCWA menyediakan sokongan rakan sebaya kepada wanita yang terjejas akibat kanser payudara serta menggalakkan pengesanan awal penyakit tersebut.

View this post on Instagram

Bagi LAC Malaysia, sumbangan ini merupakan satu usaha untuk menyalurkan sokongan kepada wanita yang hidup dengan kanser payudara, sekali gus menjadikan aktiviti fizikal sebagai wadah untuk membantu komuniti yang memerlukan. 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
femfammlac communitylac malaysiapink october
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Burnout
Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati...

Read moreDetails
aglow
Kesihatan

TEMUBUAL EKSKLUSIF: Dr. Amelia Siah Bawa Misi Kesedaran Kanser Payudara Menerusi Aglow Cup 2026

by Nurul A.
October 14, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober, MURAI berpeluang mengetengahkan kisah Dr. Amelia Siah, pengasas, CEO dan...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Bukan Main-Main, Saringan Awal Kanser Payudara Adalah Kunci Rawatan

by Nurul A.
October 22, 2026

Bagi kebanyakan wanita di Malaysia, tanda-tanda awal kanser payudara mungkin tidak begitu ketara sehingga mengganggu rutin harian. Ada yang memilih...

Read moreDetails
Air Asam Jawa, Migrain, Berat Badan
Kesihatan

Air Asam Keping Bukan Hilangkan Migrain Je, Tapi Berat Badan Sekali!

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu rasa sakit kepala yang melampau, sampaikan jadi migrain? Tak boleh buat main kalau sakit kepala menyerang, memang...

Read moreDetails
berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
Strok Kanak-Kanak
Kesihatan

Bukan Golongan Emas Sahaja, Kanak-Kanak Pun Boleh Terkena Strok

by Nurul A.
October 20, 2026

Apabila bercakap mengenai pesakit strok, kebanyakan orang akan terfikir tentang golongan emas dan bukannya kanak-kanak Malah, kebanyakan ibu bapa tidak...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara