Pada minggu lalu, sebuah sidang media tergempar dari penyanyi ratu rock negara, Ella bertempat di Hotel Sunway Putra. Sidang media ini dibawakan khas oleh penganjur acara Hitman Solutions bersama jenama RockQueen.
Ia sekaligus merungkai segala spekulasi buat pertama kalinya setelah media sosial Ella itu terlihat ‘blackout’ pada tarikh 1 Mac 2023.
Dalam dengan terteranya sebuah kapsyen berbunyi “Terima kasih untuk 35 tahun”, membuatkan para peminat, rakan media dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri hiburan.
Bukan untuk bersara, tetapi sebenarnya Ella dalm rencana konsert Ella 35 Tahun yang akan berlangsung pada 10 Jun 2023. Konsert diberi nama KONSERT JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA bakal berlangsung Axiata Arena Bukit Jalil.
“Ini bukan persembahan terakhir saya. Namanya jilid terakhir sebab itu tajuk buku yang saya terbitkan sepanjang kerjaya 35 tahun,” jelasnya yang turut melancarkan buku Rockers Juga Manusia Bahagian I.
Tiket Habis Dijual
Muatnaik terbaharu di laman Instagram Ella, difahamkan tiket yang bermula harga RM99 ini telah habis dijual dalam masa 24 jam. Syabas buat semua yang terlibat.
Facts Of Life
Sementara itu, ketika sidang media, MURAI MY sempat bertanya kepada Ella mengenai penerbitan buku yang ditulis sendiri berjudul Rockers Juga Manusia Bahagian I. Buku ini boleh didapati dan dijual semasa konsert nanti. Namun apa yang menjadi perhatian MURAI, Ella berkongsi gambar lama dirinya yang pernah tidak bertudung dahulu.
Dalam pada itu, MURAI mendapatkan komen Ella berhubung isu tersebut, lihat video di bawah;
https://www.tiktok.com/@muraiofficial/video/7210076188935474458
Apa-apa pun, sebagai peminat, kita harus memberi sokongan yang tinggi kepada Ella agar terus berjaya dalam hidup. Dalam pada itu Ella berdoa agar semuanya berjalan lancar dan seterusnya dapat menghiburkan jangkaan 9,000 orang penonton yang akan hadir untuk ‘rock & roll’ istimewa bersamanya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.