Baru sahaja habis ditayangkan, “The Early Spring” menjadi salah satu drama China romantik yang popular di Netflix ketika ini.
Menampilkan kisah percintaan antara pekerja bawahan dan bos, tak dinafikan ramai yang tidak boleh melupakan chemistry antara watak Luan Nian (Jing Boran) dan Shang Zhitao (Sun Qian).
3 Drama China Romantik Untuk Peminat “The Early Spring”
Jadi kalau ada di kalangan pembaca yang tak boleh move on dari drama ini. MURAI cadangkan tiga drama China romantik yang patut kamu tonton seterusnya. Memang sweet betul!
1. “The First Frost”
“The First Frost” mengisahkan Wen Yi Fan (Zhang Ruo Nan) dan Sang Yan (Bai Jing Ting), rakan sekelas yang mempunyai perasaan antara satu sama lain. Disebabkan oleh beberapa faktor, mereka terpaksa berpisah tanpa meluahkan perasaan masing-masing.
Bertahun kemudian, Wen Yi Fan menjadi seorang wartawan dan Sang Yan pula pemilik bar, bertemu kembali dan ditakdirkan terpaksa tinggal di apartmen yang sama.
2. “Love’s Ambition”
Drama ini mengisahkan tentang Xu Yan (Zhao Lusi), seorang pengacara televisyen yang bercinta tinggi dengan kerja dan kehidupan yang sempurna. Dia berkahwin dengan Sheng Hao Ming (William Chan), seorang usahawan yang berjaya.
Kisah percintaan mereka bermula dengan baik namun berubah menjadi sesuatu yang rumit apabila kedua-duanya menghadapi perspektif berbeza mengenai cinta, perkahwinan, cita-cita dan kebebasan.
Tonton di Viu Malaysia.
3. “Will Love In Spring”
Menampilkan dua individu yang menempuh jalan hidup yang sangat berbeza. Chen Mai Dong (Li Xian) seorang pemuda yang suka memberontak kini menjadi juruhias mayat. Manakala Zhuang Jie (Zhou Yu Tong), seorang wanita yang mempunyai kerjaya hebat telah mengalami kemalangan.
Kedua-duanya pernah menjadi rakan sekelas dan bertemu semula apabila Zhuang Jie pulang ke kampung halaman. Sejak daripada itu, hubungan mereka menjadi rapat.











