Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Edisi Ramadan: Top 8 Bazar Ramadan KL & Selangor Yang Wajib Pergi & Banyak Pilihan Makanan!

by Soph Azz
March 24, 2023
Foto - Blog / Klook

Foto - Blog / Klook

Share on Facebook

Selain berlumba-lumba mengerjakan ibadan dalam bulan Ramadan, ada segelintir daripada kita yang tak sabar dan teruja menanti pembukaan bazar. Mana taknya, pada bulan Ramadan inilah bazar dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan untuk dimakan ketika berbuka mahu pun moreh.

Daripada kuih muih, lauk pauk dan pelbagai jenis air, ramai yang lebih memilih untuk kunjungi bazar berdekatakan dengan rumah. Dan ada juga yang suka hunting bazar Ramadan, kalau boleh setiap satu bazar mahu dikunjunginya.

Dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan lokasi top bazar Ramadan yang patut kamu kunjungi pada Ramadan tahun ini.

TTDI 

Foto – YouTube / Taufulou / Blog

Sebut sahaja TTDI, ramai  yang tahu bazar Ramadan di sini menjadi tumpuan masyarakat. Bila ke bazar ini, kamu boleh melihat pelbagai juadan berbuka yang sedap. Antaranya nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang, pulut udang, kambing  bakar, ayam golek dan percik hingga ke variasi kuih muih. Psst… Harganya sangat berpatutan tau!

Bukit Bintang 

Berhadapan dengan outlet McDonald Bukit Bintang, bazar ini tidaklah terlalu besar tetapi ia menjual pelbagai jenis  makanan yang jadi pilihan ramai seperti roti John, nasi kerabu original Kelate,  nasi briyani, nasi lemak hingga ke kuih muih.

Foto – Klook / YouTube

Kalau nak ke sini guna pengangkutan awam, kamu boleh naik MRT atau Monorail Bukit Bintang.

Kampung Baru 

Foto – Food Advisor

Berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas, KLCC, bazar ini adalah antara bazar yang ‘wajib’ dikunjungi. Juadah yang popular dekat sini adalah bubur lambuk yang dimasak dengan cara tradisional.

Taman Melawati

Foto – Food Advisor

Bertempat di parkir kereta, bazar Taman Melawati adalah salah satu bazar terbesar di Lembah Klang. Kalau ke sini, agaknya perlu 2-3 hari untuk berjalan dan melihat juadah apa yang dijual kerana terlalu banyak gerai dibuka sepanjang jalan.

USJ 4, Subang Jaya 

Foto – Foursquare / Time Out

Teringin nak makan makanan ala-ala masakan mak di rumah? Kunjungi bazar USJ 4, kerana setiap peniaga di sini menawarkan pilihan lauk pauk yang pasti buatkan kamu teringat masakan di rumah. Kalau tanya apa yang selalu orang beli adalah ikan bakar air asam dan juga nasi kerabu.

Seksyen 13, Shah Alam 

Foto – Blog / Berita Harian

Antara yang popular, bazar Seksyen 13 menjual pelbagai jenis makanan. Daripada tepung pelita, kuih akok kedut, nasi ayam berempah, kambing bakar, ayam golek, pasta, laksa Penang hingga ke bihun sup Utara, semuanya dijual di sini.

Seksyen 17/1A, Petaling Jaya

Foto – Foursquare / Blog

Kalau mencari makanan Pantai Timur seperti di Kelantan, Terengganu atau Pahang, bolehlah kamu kunjungi bazar ini. Pelbagai jenis juadah makanan dijual, daripada satar ikan, roti tempayan, kuih tepung pelita, akok, nasi kerabu, nasi dagang, gulai patin tempoyak, laksam lemak hingga ke laksa siam.

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Foto – Foursquare

Kalau di kawasan Bangi pula, Miss Murai cadangkan kamu kunjungi bazar yang terletak di Seksyen 7 kerana di sini ada bermacam-macam jenis makanan dan minuman. Antara yang paling laris sekali adalah nasi kerabu, ayam golek dan popia basah.

Petang nanti jangan lupa kunjungi salah satu bazar di atas okay? Selamat berbuka puasa ❤

bazar ramadan 2023bazar ramadan klbazar ramadan murahbazar ramadan selangor
https://lomp.at/9ae2s
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Selera

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Kalau sebut Cheras, kebanyakan orang bayangkan kafe biasa, kedai makan standard, atau restoran di tepi jalan. Tapi MURAI baru-baru ini...

Read moreDetails
Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore