Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Khas Untuk Si ‘Burung Hantu’, Kalau Susah Tidur Malam Kamu Kena Buat…

by Soph Azz
April 11, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Pernah tak alami situasi di mana kamu susah nak tidur malam? Pejam celik, pusing kiri kanan pun masih tak dapat lelapkan mata sehingga pagi?

Sekiranya kamu pernah atau sedang alami situasi di atas, berhati-hati kerana ia boleh beri kesan buruk pada kamu!

Susah tidur atau insomnia ini biasanya berlaku disebabkan oleh  beberapa faktor. Antaranya adalah tekanan kerja, tekanan emosi, persekitaran dan juga penyakit. Bila susah tidur, ia boleh ganggu fokus seseorang dalam jangka masa panjang dan ianya beri kesan pada kesihatan.

Jadi bila kamu tak boleh tidur malam dengan baik atau dapatkan tidur yang berkualiti, apa yang patut kamu lakukan? Nak tahu lebih lanjut, baca perkongsian di bawah…

1. Cipta jadual tidur 

Bila susah nak tidur, Miss Murai cadangkan untuk kamu cipta jadual tidur supaya kamu boleh setkan badan waktu bila perlu tidur. Contohnya, set jam pada pukul 10 malam secara konsisten selama 1 minggu.

Foto – Pinterest

Bila badan sudah terbiasa dengan waktu tidur yang dicipta, kamu dapat tidur dengan baik dan lebih berkualiti. Pastikan kamu tidur sekurang-kurangnya 7 jam pada waktu malam okay?

2. Pencinta kafein? Jangan minum pada waktu…

Kafein mengambil masa sehingga 8 jam untuk hilang, dan bila ambil di waktu siang terutamanya petang, ia akan buatkan kamu jaga pada waktu malam. Kalau nak juga minum kopi, pilih yang tiada kafein.

Foto – Pinterest

Pengambilan kafein di waktu petang, sekurang-kurangnya 6 jam sebelum tidur, boleh merangsang sistem saraf dan boleh menghalang badan kamu berehat secara semula jadi pada waktu malam.

3. Sebelum tidur pastikan kamu…

Sebelum tidur, pastikan katil, sarung bantal dan cadar yang kamu gunakan selesa, bersih serta kemas. Kemudian pastikan suhu bilik sejuk dan tutup lampu untuk kualiti tidur yang lebih baik. Jangan lupa untuk tidur dalam posisi yang selesa, supaya kamu tak sakit leher dan badan pada keesokkan harinya.

Pstt… Jangan sesekali tidur sambil menonton TV, atau bermain telefon pintar okay?

4. Jangan tidur terlalu lama

Tidur selama 30 minit atau kurang pada waktu siang, boleh membantu meningkatkan fungsi otak kita. Tetapi kalau tidur dalam jangka masa yang lama, ia boleh bahayakan kesihatan dan kualiti tidur pada waktu malam.

Foto – Pinterest

Sekiranya cara-cara di atas tak berkesan juga, dapatkan rawatan daripada doktor okay? Selamat beramal!

faktor insomniainsomniatips elak insomniatips tidur berkualiti
https://lomp.at/1jko7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara