Berdasarkan satu kajian, penyelidik mengatakan tak mustahil pil perancang boleh kurangkan saiz hypothalamus (sebahagian otak).
Ramai yang tahu pil perancang ini kebiasaannya diambil oleh wanita yang mahu merancang kehamilannya. Walaupun kita tahu ada banyak kesannya akibat pengambil pil berkenaan pada kesihatan, tetapi berdasarkan satu penyataan ada yang katakan ia boleh kurangkan saiz otak. Erti kata lain, kecutkan otak…
Otak Wanita Boleh Kecut Selepas Ambil Pil Perancang, Betul Ke?
Untuk tidak merisaukan dan membuat ramai wanita menjadi cuak, MURAI membuat sedikit penyelidikan tentangnya. Dan berdasarkan kajian dan bacaan yang ditemui, ada yang katakan tak mustahil untuk otak menjadi kecut dan sebaliknya.
Tetapi sebelum itu, MURAI nak kongsikan beberapa kesannya pada kesihatan kita. Secara faktanya, mungkin ada yang tahu dan tidak bahawa ia boleh sebabkan beberapa kesan sampingan seperti:
- Rasa loya terutamanya mereka yang pertama kali ambil, tetapi kesan ini adalah untuk jangka masa pendek saja.
- Payudara rasa sakit dan berdenyut sepanjang pengambilan pil perancang.
- Hormon dalam pil perancang juga boleh sebabkan rasa sakit kepala dan migrain, bergantung pada jenis dan dos.
Berbalik pada soal pil ini dan pengecutan otak, kajian daripada Dr. Michael Lipton (Albert Einstein College of Medicine) mendedahkan wanita yang mengambil pil tersebut mempunyai hypothalamus yang lebih kecil berbanding mereka yang tidak mengambilnya.
Pengecutan ini boleh berlaku daripada hormon yang terdapat dalam pil tersebut. Tetapi kesan pengecutan ini terhadap individu masih belum dapat diketahui lagi. Selain itu, pengkaji lain turut menyatakan mereka yang mempunyai hypothalamus yang kecil ini berpotensi untuk mempunyai risiko daripada emosi seperti kemurungan dan marah.
Bagi mereka yang sedang ambil pil perancang, jangan takut kerana ia mempunyai kesan berbeza mengikut individu. Apa pun consult dengan doktor kamu dulu ye!











