Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tak Perlu Lakukan Extension, Bulu Mata Kamu Boleh Lentik Bila Guna Produk…

by Soph Azz
April 17, 2023
Foto - @dshazall (IG)

Foto - @dshazall (IG)

19
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasanya semua orang tahu cara yang cepat untuk lentikkan dan panjangkan bulu mata adalah melalui teknik eyelash extension atau last lift. Walaupun ia beri kesan yang segera, teknik ini sebenarnya bersifat sementara sahaja dan tak tahan lama.

Daripada kamu buang duit untuk lakukan berulang-ulang kali dalam masa sebulan; apa kata kamu cuba lentikkan bulu mata menerusi beberapa cara berikut. Lebih semula jadi, tahan lama dan selamat!

Serum 

Menurut Divine Lashes, serum bulu mata dapat menggalakkan pertumbuhan dan ketebalan bulu mata. Ini kerana serum bulu mata selalunya guna analog prostaglandin yang  berfungsi mengeluarkan melanin, yang menjadikan bulu mata lebih gelap, panjang dan tebal.

Foto – Althea/ Shopee / Lazada

Serum bulu mata yang best dan patut dicuba adalah:

  • Etude My Lash Serum [RM23.00]
  • Shiseido Full Lash Serum [RM93.00]
  • The Ordinary Multi-Peptide Lash and Brow Serum [RM87.00]

Vaseline 

Vaseline atau petroleum jelly ini ada banyak kegunaannya. Sama ada pakai di kaki, siku, kuku, bibir hingga ke bulu mata. Ianya bukan sahaja melembutkan bahagian kaki yang keras, malah bibir boleh menjadi lebih pink dan  bulu mata menjadi lebih lebat serta lentik. Cara-cara menggunakan vaseline untuk  bulu mata lentik:;

  1. Sebelum tidur dan selepas lakukan rutin skincare, kepit bulu mata kamu dengan pengepit.
  2. Kemudian ambil putik kapas dan sapu sedikit Vaseline.
  3. Putik kapas yang ada Vaseline, sapu pada bulu mata bermula dari akar hingga ke hujung.
  4. Biarkan semalaman dan esokknya basuh sehingga bersih. Konsisten amalkan pada setiap malam.

Mascara

Selain membuatkan bulu mata nampak lebih panjang dan tebal, mascara juga berfungsi untuk melentikkan. Sesetengah mascara pula ada efek lentikkan yang lebih baik daripada extension atau last lift seperti:

Foto – Maybelline / L’Oreal Paris
  • Maybelline The Falsies Lash Lift [RM46.90]
  • L’Oreal Curl Impact Collagène Mascara [RM58.90]
  • Maybelline Hypercurl Waterproof Mascara [RM28.90]

Minyak zaitun

Ada banyak manfaat minyak zaitun dari segi kesihatan dan juga kecantikan termasuklak melentikkan  bulu mata. Untuk guna minyak zaitun bagi melentikkan bulu mata adalah:

Foto – Pinterest
  • Sapu dan ratakan minyak zaitun pada bulu mata, bermula dari akar hingga ke hujung bulu mata.
  • Sapu menggunakan putik kapas atau jari. Pastikan ketika sapu, minyak tidak termasuk ke dalam mata.
  • Biarkan sehingga kering dan barulah bilas dengan air sejuk atau suam.

Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
eyelash extensionmascara lentikkan bulu mataproduk lentikkan bulu mataserum lentikkan bulu mata
https://lomp.at/rgepr
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem