Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jom Saksikan Kemuncak Sape’ Junior 2023 Di TV2 Malam Ini

by Aphit J.
May 13, 2023
Share on Facebook

RTM menerusi saluran TV2 akan menyiarkan Kemuncak Pertandingan Sape’ Junior pada 13 Mei ini, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching, Sarawak. Turut disiarkan di aplikasi RTMKlik dan Facebook RTM Sarawak.

Berentap Bersama 6 Peserta

via RTM

Seramai enam peserta bakal berentap untuk merebut gelaran Juara Pertandingan Sape’ Junior 2023.

Mereka yang layak ialah, Martinus Njok Sebi, Ferderick Maldini, dan Darren Mengga anak Larry Mengga dari Kuching.

Manakala satu-satunya peserta dari Sibu, Stanford Rayan Sidi turut berjaya mara ke malam kemuncak itu. Aeron Junior Ibas dan Ernest Vaneman Amut Leonard pula merupakan peserta yang layak dari Miri.

Bertandingan Dalam Dua Pusingan

via RTM

Keenam-enam peserta ini wajib mempersembahkan sebuah lagu Sape’ tradisional secara solo pada pusingan pertama tidak lebih daripada tiga minit.

Seterusnya untuk pusingan kedua, peserta dikehendaki membawa lagu kontemporari yang akan diiringi oleh Kombo D’Aspriasi RTM Kuching dengan durasi maksimum lima minit.

Kehebatan serta kemahiran mereka dalam bermain alat muzik Sape itu akan dinilai oleh para juri profesional terdiri daripada pemain Sape’ dan ahli muzik profesional.

Kerjasama Kerajaan Negeri

via RTM

Pertandingan Sape’ Junior 2023 yang mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dengan kerjasama strategik Persatuan Anak Seni Sape’ Kuching (PUSAK) merupakan sebuah program terbitan RTM Sarawak untuk mengetengah bakat serta kreativiti pemain Sape’.

Topik Berkaitan “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

Manakala Sape’ adalah alat muzik tradisional komuniti Orang Ulu Sarawak seperti gitar yang pada tradisinya digunakan oleh suku-suku Kenyah, Kayan dan Kelabit.

Dahulunya Sape’ hanya dimainkan semasa upacara perubatan di rumah panjang, namun perubahan zaman menjadikannya alat muzik yang digunakan sebagai bentuk hiburan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
RTMsape
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara