Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Filem Terakhir Allahyarham Adibah Noor, Hayati Kisah Nikmat Kasih Sayang & Perpaduan Dalam ERASER

by Aphit J.
June 3, 2023
Share on Facebook

Mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat, harmoni dan tiada yang dapat memisahkan pertalian sesama manusia hanya kerana berbeza agama.

Lakonan Terakhir Adibah Noor

via Opie Sofia

ERASER termasuk dalam kategori filem Malaysia wajib tonton di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023 dan tersedia di seluruh Asia Tenggara.

Apa lagi filem yang diarahkan oleh Mark Lee See Teck ini menjadi cenderahati terakhir daripada pelakon seni berprofil tinggi yang telah pulang ke Rahmatullah pada 18 Jun 2022, Allahyarham Adibah Noor.

Dibintangi Pelakon Hebat

via Opie Sofia

Kerinduan peminat melihat lakonan Adibah yang bersahaja namun mengesankan akan terubat dengan menonton ERASER yang turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Nam Ron, Angela Chan, Dhiya Ariffin dan Alyssa Lee.

ERASER atau terjemahannya dalam bahasa Melayu bermaksud Pemadam atau hapus mempunyai simbolik tersendiri untuk difikir dan diterima dengan hati terbuka oleh seluruh penonton berbilang bangsa di negara kita.

Pemadam Bendera Malaysia pula dijadikan metafora jika tiada perpaduan, negara akan ‘lenyap’ perlahan-lahan.

Kisah Kekeluargaan

Dihasilkan dalam durasi 94 minit dengan genre drama, kekeluargaan dan romantik, ERASER yang ditulis oleh Mark Lee, Tang Yen Yen dan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah sebuah naskhah ‘Malaysia’ yang bermula dengan kisah keluarga yang porak peranda namun bertahan dalam kerasnya kehidupan.

Ia turut menampilkan konflik di mana jika pergeseran terus  berterusan di antara kaum, maka tiada perpaduan dapat dibentuk.

Digarap Sewaktu Pandemik

via Opie Sofia

Satu-satunya faktor yang membuat cabaran menjadi lebih hebat apabila ERASER digarap sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia.

Mereka berjaya menghasilkan ERASER seperti yang diinginkan dengan menjadikan ‘cinta’ sebagai asas yang tidak boleh ditinggalkan dalam naskhah ini.

Error happened.
adibah nooreraser
https://lomp.at/0q4rj
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara