Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Seolah-Olah Dipermainkan Netizen, Shila Amzah Akui Tidak Suka Dipanggil Gabungan Nama #ShiBai

by Puteri Alia
June 14, 2023
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Shila Amzah tidak selesa akronim gabungan namanya (Shila) bersama tunang, Ubai menjadi ShiBai dijadikan tanda pagar hashtag oleh segelintir netizen.

Menerusi siaran langsung  dalam Instagram miliknya, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah meluahkan rasa suka dengan hasil gabungan namanya dengan lelaki itu kerana bunyi sebutannya disifatkan mirip maksud yang tidak baik (menurut sebutan dalam bahasa Cina).

“Hashtag itu (#ShiBai) bunyinya seperti tidak elok. Kemudian orang ramai suka bergurau dengan perkataan itu. Jadi saya tidak suka,” ujarnya.

Disebabkan hal tersebut, penyanyi berusia 33 tahun itu berkata dia tidak akan teragak-agak untuk menegur mereka yang memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana dianggap tidak sopan.

Malah, penyanyi yang pernah mencipta nama di China itu turut berharap peminat menghormati pendapat dan pendiriannya supaya tidak menggunakan lagi gabungan nama sebegitu.

“Orang (netizen) kena hormat apa yang saya tidak suka. Saya juga tiada masalah untuk memberitahu apa yang saya tidak suka.

“Kalau mereka buat juga (guna #ShiBai), maknanya mereka tiada otak. Sekurang-kurangnya saya sudah beritahu bahawa saya tidak suka hashtag itu,” katanya.

Terdahulu, pelantun lagu Patah Seribu itu pernah meminta peminatnya supaya menukar tanda pagar yang menggabungkan namanya bersama Ubai dan memberitahu lebih selesa jika menggunakan nama masing-masing (Shila dan Ubai).

Pada 27 Mei lalu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli mengejutkan ramai pihak apabila mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Pertunangan tersebut mengejutkan ramai susulan beberapa hari sebelum itu timbul spekulasi hubungan mereka sudah putus selepas lima bulan bercinta. Mereka difahamkan bakal bernikah tahun ini.

"Gila Bila Penyanyi Legenda Serang Saya" – Shila Amzah Dakwa Diserang Depan Kru, Laporan Polis Sudah Dibuat

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais.

shila amzahUbai
https://lomp.at/wtsvr
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem