Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Pendedahan Minyak Wangi Kegemaran BLACKPINK… Setiap Satunya Tonjol Identiti & Bauan Unik!

by Soph Azz
June 29, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

BLINK! Pernah tak kamu tertanya-tanya bagaimanakah bau ahli BLACKPINK?

BLACKPINK bukan sahaja akan buatkan kamu jatuh cinta dengan muzik dan bakat mereka, tetapi juga dengan aroma wangian apabila mengenakan minyak wangi kegemaran mereka.

Untuk pengetahuan kamu, minyak wangi yang dipakai oleh setiap ahli BLACKPINK ini sesuai dengan personaliti mereka. Ditambah pula dengan padankan gaya signature masing-masing, membuatkan mereka nampak lebih bold dan elegan dalam satu masa yang sama!

Nak tahu tak apa jenama pilihan mereka? Kalau nak… Cepat-cepat scroll baca di bawah;

JISOO – Miss Dior Rose N’Roses

Foto – Pinterest

Minyak wangi kegemaran Jisoo adalah Miss Dior Rose N’Roses. Baunya bukan sekadar haruman bunga ros, tetapi bau seperti dalam taman yang dipenuhi dengan bunga. Wangian ini dipadankan dengan pati Grasse dan Damascus Rose, nota kasturi putih, geranium, bergamot dan mandarin Itali.

JENNIE – Chanel Paris-Deauville

Foto – Pinterest

Sebelum ini Jennie pernah mendedahkan yang dirinya sangat sensitif terhadap bauan yang kuat. Tambahnya, dia lebih tertarik ke arah bau yang semula jadi. Jadi pilihannya adalah Chanel Paris-Deauville iaitu wangian uniseks dengan nota basil, oren Silician, limau, bergamot, hedonia, melati, mawar dan nilam.

ROSÉ – Le Labo 28 Citron

Foto – Pinterest

Diinspirasikan oleh Seoul, wangian pilihan Rosé ini hanya dijual di ibu kota Korea Selatan sahaja. Bauan minyak wangi ini adalah melati, kasturi, cedar, limau dan halia.

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

LISA – Celine Black Tie

Foto – Pinterest

Sebelum menjadi duta Celine lagi, Lisa dikatakan sangat menyukai minyak wangi Black Tie daripada jenama ini. Minyak wangi uniseks ini menampilkan padanan nota vanila, kasturi, lumut, cedar dan mentega iris putih.

Saranan Miss Murai, cuba cari di butik jenama ini untuk bau minyak wangi tersebut. Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Blackpinkblackpink perfumeminyak wangi blackpink
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara