Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Teringin Berpantang Tradisional, Neelofa Tempah Bidan Kampung Jaga Dirinya Sepanjang 44 Hari

by Puteri Alia
June 27, 2023
Share on Facebook

Amalan berpantang secara tradisional cukup sinonim dalam masyarakat Melayu yang sudah diamalkan sejak ratusan tahun lalu.

Ilmu warisan nenek moyang ini masih diamalkan sehingga kini sebagai amalan tradisi yang sudah sebati dalam kehidupan masyarakat.

Berbincang soal ini, pengacara dan usahawan, Neelofa mendedahkan bahawa dia teringin berpantang secara tradisional selepas kelahiran cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, sebelum ini dia pernah memanggil bidan moden, sekaligus mendorongnya bersama suami untuk menggunakan khidmat bidan kampung bagi menjaganya sepanjang tempoh 44 hari.

“Ketika kelahiran anak pertama saya menggunakan khidmat bidan moden, namun untuk kelahiran kedua saya dan suami sepakat mengambil bidan kampung.

“Tidak salah mencuba sesuatu yang baharu memandangkan saya pernah berpantang cara moden, kini teringin pula merasai dijaga bidan yang didatangkan khas dari kampung suami di Terengganu.

“Sebelum ini pun saya dengar saja orang kata penjagaan tradisional ketat, jadi harapnya proses ini dapat memberikan kesan baik kepada ibu bersalin,” katanya.

Neelofa, 34, bersama suaminya yang juga pendakwah bebas, Haris Ismail ditemui ketika pelancaran restoran Rightside, Mont Kiara.

Pada masa sama, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, itu turut mendedahkan dihimpit perasaan gementar menunggu detik melahirkan.

“Kebetulan pagi tadi saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan dan terus maklumkan pada suami mengenai debaran menjelang tarikh bersalin yang semakin hampir.

“Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan perkembangan bayi juga sihat. Mohon doakan proses melahirkan kali ini dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai jantina bayi mereka, baik hos Next To Neelofa itu mahu pun Haris, perkara tersebut hanya akan dimaklumkan kemudian.

“Insya-Allah, kami akan maklumkan jantina bayi kami sekali dengan namanya genap tujuh hari selepas kelahiran,” ulasnya lagi.

Neelofa mendirikan rumah tangga bersama Haris pada 27 Mac 2021 dab dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 2.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofa
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Spotlight

Dari Kudrat Boys, Insomniacks Ke Ziana Zain, Astro Bawa Dua Konsert Mega

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Bagi anda yang masih mencari aktiviti menarik untuk mengisi hujung tahun, Astro nampaknya sudah menyediakan sesuatu yang istimewa buat peminat...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Spotlight

“Untuk Wanita Yang Mulut Celupar”- Bunga Isme Tempelak Netizen Sentuh Fizikal Najwa Latif

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?...

Read moreDetails
Spotlight

Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik, Kata-Kata Amy Lee Kembali Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia? Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara