Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Cakra Khan Bakal Bersaing Di America’s Got Talent, Peminat Tak Sabar Mahu Lihat Reaksi Juri Terkenal Simon Cowel

by Puteri Alia
July 17, 2023
242
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan bakal menyertai uji bakat America’s Got Talent (AGT) musim ke-18.

Menurut pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, rakaman bagi proses uji bakat yang dijalani sebelum ini akan disiarkan menerusi saluran NBC pada hari Selasa depan (18 Julai).

“Sila tonton sesi uji bakat saya. Terima kasih juga atas segala doa dan sokongan serta kasih sayang yang anda berikan kepada saya.

“Jadi saya akan membawa anda mengikuti perjalanan saya di uji bakat America’s Got Talent,” ujarnya.

Cakra, 31, berkongsi perkara itu dalam satu hantaran menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut ramai peminat dan rakan-rakan selebriti yang memberi kata semangat dan mendoakan kejayaan Cakra.

Sebelum ini tular video uji bakat penyanyi yang kelainan upaya dari negara itu Putri Ariani yang mendapat Golden Buzzer daripada salah seorang juri America’s Got Talent iaitu Simon Cowell.

View this post on Instagram

A post shared by CKhan✨ (@cakra.khan)

Terdahulu, Cakra turut memohon doa daripada peminat agar urusannya sepanjang di Amerika Syarikat berjalan dengan baik.

“Bismillah, mohon doa semoga semuanya diberi kelancaran. Saya mohon doa kalian.

“Jangan lupa untuk menonton,” katanya menerusi kapsyen hantaran foto tersebut di Instagram miliknya.

Hantaran tersebut mendapat reaksi positif peminat yang rata-rata memberi semangat buat penyanyi lagu Kekasih Bayangan itu menyertai program realiti berkenaan.

“Saya yakin Cakra mampu membanggakan Indonesia dan menjadi penyanyi antarabangsa.

“Nah, betul ke ni? Suara hebat seperti Cakra sayanglah kalau tak masuk pasaran antarabangsa. Kerjaya kamu perlu pergi lebih jauh. Semoga terus sukses.

“Semoga penyanyi-penyanyi Indonesia yang sudah merasa dirinya hebat di negara sendiri mencontohi Cakra yang mencabar diri masuk ke pasaran antarabangsa,” tulis netizen.

Untuk rekod, America’s Got Talent kini sudah memasuki musim ke-17 sejak ditayangkan pada 2006.

Sebelum Cakra, dua artis Indonesia pernah menyertai program realiti berkenaan adalah Demian Aditya dan The Sacred Riana.

cakran khan
https://lomp.at/jet1o
Share97Tweet61SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem