Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Cantik Semula Jadi Kerana Petua Ibu, Noor Nabila Dedah Paling Pantang Kalau…

by Soph Azz
August 29, 2023
Foto - Facebook

Foto - Facebook

Share on Facebook

Di antara adik beradik selebriti Neelofa, Miss Murai paling suka melihat Noor Nabila. Kakak Neelofa dan juga ibu anak satu ini sememangnya seorang wanita yang cantik.

Dengan rupa dan kecantikan semula jadinya itu, Noor Nabila tak memerlukan bantuan mekap yang tebal untuk serlahkan kecantikannya itu.

Kalau kamu nak tahu, Noor Nabila sebenarnya ada mengamalkan beberapa petua kecantikan. Semua petua yang diamalkan olehnya itu merupakan petua ibunya.

Nak tahu lebih lanjut, baca di bawah;

Amal Petua Ibu Untuk Cantik & Berseri-Seri

Berdasarkan sumber, Noor Nabila rajin amalkan petua ibunya, Datin Noor Kartini sejak usianya remaja lagi. Antara petua yang diamalkan oleh ibu dan adik beradiknya adalah memakan madu setiap hari.

“Salah satu petua kecantikan yang selalu diamalkan oleh Mama adalah makan madu setiap hari.”

Foto – Facebook

Untuk pengetahuan kamu, makan madu setiap hari ada ebaikannya pada kulit. Salah satunya adalah:

  • Membantu menanggalkan sel kulit mati dan jadikan kulit lebih bersih
  • Melembapkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan penampilan kesan parut luka atau jerawat
  • Mencerahkan wajah

Noor Nabila Paling Pantang Kalau Tak…

Dalam menjaga kecantikan dengan mengamalkan petua ibunya dan rutin penjagaan wajah, Noor Nabila mendedahkan yang dirinya paling tidak gemar jika tidak mencuci wajah dengan bersih.

“Kalau rutin kecantikan pula, Mama paling pantang kalau kami tak cuci wajah bersih-bersih. Bagi Mama kulit kena jaga betul-betul terutamanya wajah.”

Foto – Instagram

Baginya wajah perlu dicuci dengan bersih untuk mendapatkan kulit yang cantik, licin dan glowing secara semula. Ini kerana apabila tak mencuci wajah dengan bersih, kamu boleh mendapat beberapa keburukannya seperti:

  • Sisa mekap di wajah akan menyebabkan munculnya jerawat, blackhead dan whitehead
  • Infeksi mata boleh berlaku sekiranya ada lebihan mascara, eyeshadow atau aksesori seperti glitter
  • Tanda-tanda awal penuaan boleh berlaku
  • Kerosakan kolagen di wajah dan penyumbatan pori-pori
Topik Berkaitan Padam Gambar & Saling 'Unfollow' Di IG, Ameera Khan-Jefri Nichol Rasmi Berpisah?

Nak cantik luar dalam perlulah rajin. Sebagai permulaan, bolehlah kamu cuba petua Noor Nabila ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Noor Kartininoor nabilapetua noor nabilatips noor nabila
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara