Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] PRIHATIN Percaya Konsert Aina Abdul Pada November Ini Bawa Manfaat Kepada Pelajar Asnaf

by Phic ARMAN
September 13, 2023
Share on Facebook

Setelah lama menanti, akhirnya penyanyi dan komposer Aina Abdul telah mengumumkan konsert ‘A Night with Aina Abdul 3.0’ di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 18 November 2023. Konsert yang bakal mempersembahkan seleksi 33 buah lagu hits selama 2 jam setengah ini berkolabrasi dengan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).

Majlis sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Starhill, Bukit Bintang pada Selasa. Dia turut menghiburkan ratusan peminat yang berkumpul di perkarangan bangunan itu dengan tiga buah lagu.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

PRIHATIN Percaya Konsert ‘ANWAA’ 3.0 Bawa Manfaat Kepada Pelajar Asnaf

Buat julung kalinya juga, gabungan PRIHATIN dan Aina Abdul Entertainment menerusi penganjuran bersama konsert ‘ANWAA’ 3.0 pada kali ini turut menyokong inisiatif untuk menggerakkan misi mengumpul dana. Dari dana ini dengan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada Tabung Kasih PRIHATIN khusus bagi kegunaan dan manfaat pendidikan pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori B40 dan asnaf di peringkat institut pengajian tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali,

“Penganjuran Konsert ‘ANWAA’ 3.0 ini bakal memberi manfaat buat pelajar di menara gading yang kurang berkemampuan dari golongan asnaf untuk mengurangkan beban kos sara hidup di kampus. PRIHATIN amat proaktif dalam menjalankan program-program bersifat kebajikan terutama dalam memperkasakan pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi di persada dunia.

Saya teruja kerana diberi peluang untuk menganjurkan konsert ini yang bukan hanya bersifat komersial semata-mata tetapi turut menekankan konsep ‘Berhibur Sambil Beramal’.

Saya gembira untuk bekerjasama buat kali pertama bersama Aina Abdul untuk sama-sama mencari dana melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan untuk tujuan kebajikan. PRIHATIN turut berterima kasih kepada pihak korporat dan orang perseorangan yang membeli tiket korporat sekaligus memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan.”

Tiket untuk menyaksikan konsert ANWAA’ 3.0 akan mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.ainaabdul.my

Datuk Mohd Aizuddin GhazaliPRIHATIN
https://lomp.at/lhwlo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara