Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] Aqasha Tunjuk ‘Taring’ Menyanyi Di Konsert, Netizen Jatuh Hati – ‘Crush Zaman Muda’

by Aphit J.
September 16, 2023
Share on Facebook

Agak lama tidak menghiburkan peminat di pentas besar, Aqasha kembali menghiburkan penonton dalam Konsert #INIBARUBINTANG edisi pertama dan kedua berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri baru-baru ini.

Pada konsert #INIBARUBINTANG 1, Aqasha membawa lagu Shallow duet bersama Eryn Gani.

YouTube video

Pada konsert #INIBARUBINTANG ke-2, Aqasha menyanyikan lagu yang pernah melonjakkan namanya dahulu iaitu “Embun” juga medley “Rahsia Pohon Cemara” dan “Langkah Seiringan” oleh Ezad Lazim. Penonton turut sama menyanyikan lagu yang menaikkan nama penyanyi kesayangan mereka ini.

YouTube video

Diruangan komen, ramai yang memuji vokal Aqasha yang masih berbisa seperti dahulu.

“Suara Aqasha maintain je…lagu Embun mmg karakter suara aqasha…”

“Crush zaman muda mudi”

“baru nampak Aqasha muncul di TV lama dia menghilangkan?”

Segmen diteruskan dengan persembahan duet oleh Dewi dan Aqasha dengan nyanyian bertajuk “One Sweet Day”,serta gandingan Azharina, Ernie dan Eylia Guntabid menerusi lagu “The Power Of Love’ dan “I Will Always Love You’.

YouTube video

Persembahan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berjaya memukau penonton yang hadir. Ia umpama hadiah kepada penonton setia yang tidak puas menyaksikan kemunculan Raja Pop pada Konsert #INIBARUBINTANG sebelum ini yang hanya menyampaikan lagu “Aku Penghibur”.

Kali ini Datuk Jamal Abdillah nyata menguasai pentas dan menerima tepukan gemuruh peminat dengan nyanyian solonya yang bertenaga dan menghiburkan menerusi lagu medley “Penghujung Rindu” dan “Kekasih Awal dan Akhir” juga lagu populars “Gadis Melayu”.

Sepanjang konsert dua jam terbitan Unit Hiburan TV RTM ini, penonton turut berhibur dengan 19 buah lagu daripada bintang-bintang kelahiran RTM termasuklah Salamiah Hassan, Misha Omar, Datuk Andre Goh, Azharina Azhar, Ernie Zakri, Najib Hanif, Aqasha, Ezad Lazim, Dewi Sariestha, Eylia Guntabid dan Syahz Mohamad. Memulakan persembahan jam 9.00 malam, konsert yang disiarkan secara langsung di TV2 ini menampilkan gandingan hos Awal Ashaari yang juga Pengacara Bintang RTM 2023 dan personaliti RTM, Jeed Zulkefli.

[VIDEO] Rossa Bakal Bawa Fajar Indonesian Idol Ke Malaysia Duet Bersama Ernie Zakri?

Persembahan kali ini mengetengahkan lagu-lagu nostalgia sepanjang zaman dan lagu- lagu yang menaikan nama mereka dalam industri seni suara.

Penyanyi Salamiah Hassan turut mendendangkan lagu “If You Go Away”, iaitu lagu yang pernah dipersembahkan ketika menjuarai program Bakat TV. Seterusnya beliau turut berduet bersama Misha Omar, Juara Bintang RTM tahun 2001 dengan lagu bertajuk “Menghitung Hari”.

Misha Omar kemudiannya meneruskan persembahan nyanyian medley lagu “Bunga- Bunga Cinta” dan “Dedebu Cinta”. Pentas terus dihangatkan dengan persembahan nyanyian dari Azharina menyampaikan lagu Rawan dan Ernie menerusi lagu Ku Bersuara.

Bagi yang terlepas untuk konsert ini, anda boleh saksikannya siaran bila-bila masa dan dimana sahaja menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). Jangan lupa untuk memuat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Error happened.
aqashaazharina azharDatuk Andre GohDewi Sariesthaernie zakriEylia GuntabidEzad Lazimmisha omarNajib HanifSalamiah Hassan
https://lomp.at/z5emp
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara