Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aisha Retno Tawar Hati Dalam Hubungan? Luah Perasaan Melalui “Ternoktah”

by Aphit J.
September 23, 2023
Share on Facebook

Aisha Retno, penyanyi dan pengubah lagu yang berusia 23 tahun, kini kembali memukau para peminat dengan karya terbarunya yang sarat dengan emosi dan makna yang mendalam.

Meluahkan Perasaan Melalui Lagu

Setelah beberapa lagu yang menyentuh hati pendengar, kali ini Aisha meluahkan perasaannya melalui lagu yang bersandarkan situasi sekarang.

Aisha Retno tampil dengan sajian yang terbaharu yang berjudul ‘Ternoktah’

‘Ternoktah’ mengisahkan tentang perasaan yang sudah berakhir (tawar hati) akan sesuatu yang dicintai.

Perpatah berkata ‘mencintai tidak bermakna memiliki’, meskipun cinta masih bersemayam di hati seseorang, tidak semestinya dapat memiliki.

Mengajak Mengenali Erti Sebenar Cinta

via JoePrc International Joeprc Publicist

Menurut Aisha,  ‘Ternoktah’ jelas menggambarkan terhenti atau habisnya sesebuah hubungan percintaan.

Boleh dikatakan, perpisahan bukan perkara janggal, ia normal dan banyak berlaku dalam masyarakat, sudah nama pun manusia biasa.

‘Ternoktah’ tidak hanya menyentuh emosi para pendengar, tetapi juga mengajak mereka untuk merenung tentang erti sebenar cinta dan kepahitan yang mengiringi kehidupan kita.

Dengan penuh keberanian, Aisha Retno sekali lagi membuktikan bakatnya sebagai penyanyi dan pengubah lagu mampu menyampaikan mesej mendalam melalui harmoni suara yang unik dengan sempurna.

Memberi Pesanan

via JoePrc International Joeprc Publicist

Aisha juga memberi pesanan, jika kita mengalami rasa kekecewaan, kita haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya dan terus ke hadapan dan berusaha mencari kebahagian pada masa yang akan datang.

Topik Berkaitan [VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- "Satu-Satunya Artis Jimat Kos"

Selain itu, ‘Ternoktah’ telah mendapat sentuhan istimewa daripada dua orang komposer dan penulis lirik berbakat iaitu Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat dalam menjayakan single ini.

Aisha turut menyatakan harapannya supaya lagu ini diterima oleh pendengar dan dijadikan sebagai sumber inspirasi agar orang ramai boleh mengambil tindakkan yang lebih positif dan manfaat jika berlaku perpisahan.

‘Ternoktah’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aisha Retno
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara