Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ben Ladin dan Shiha Zikir Keluarkan “Angan”, Sentuhan Istimewa dari Malique

by Aphit J.
October 7, 2023
Share on Facebook

Gabungan dua suara yang padu dari penyanyi, Ben Ladin dan Shiha Zikir telah menghasilkan sebuah karya hebat melalui lagu ‘Angan’.

Memberikan Pengajaran Dan Mesej Positif

Lagu ini dijangka bakal memberikan pengajaran dan mesej yang positif kepada pendengar pada tahun ini.

Antara keistimewaan lagu ini adalah lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposer dan penulis lirik, Hikayat Benladin, iaitu Malique.

Sejak kemunculan muzik pendek di dalam media sosial, lagu ini telah menarik perhatian peminat Ben Ladin, terutamanya di TikTok yang telah mencapai 70 penciptaan kandungan (content creation) dalam tempoh seminggu selepas muzik pendek ini dikeluarkan.

Gabungan duo hebat ini jelas mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu menarik perhatian peminat mereka.

Buah Tangan Istimewa

via JoePrc International Joeprc Publicist

‘Angan’ adalah buah tangan yang paling istimewa daripada Ben Ladin dan Shiha Zikir pada tahun ini.

Kedua-dua artis ini memainkan peranan penting dalam lagu ini, seperti Ben Ladin sebagai penyanyi rap dan Shiha Zikir sebagai pelengkap kepada vokal yang unik dan merdu.

Kolaborasi ini tidak hanya mencerminkan kepelbagaian bakat seni mereka, tetapi juga menghasilkan perpaduan yang memukau dan pastinya akan memikat hati pendengar pada era ini.

Terperangkap Dalam Ilusi Dan Impian

via JoePrc International Joeprc Publicist

Lagu ‘Angan’ mengisahkan tentang perasaan seseorang yang terperangkap dalam ilusi atau impian untuk mencapai kehidupan mewah dan kuasa yang tinggi.

Shiha Zikir 'Backup' Noraniza Idris- "Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik"

Dalam usaha mengejar impian mereka, mereka juga mengalami rasa kebingungan dan ketidakpastian kerana realiti kehidupan yang sukar diwujudkan.

Antara mesej yang positif dalam lagu ‘Angan’ ini untuk sentiasa berpegang kepada realiti agar tidak merosakkan masa depan kita, terutamanya apabila kita terdedah kepada kemewahan, penipuan, dan keinginan.

Lagu ‘Angan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ben ladinmaliqueshiha zikir
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara