Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Luang Masa Hampir Empat Bulan, Fadzil Dedah Temani Farid Ketika Rumah Tangga Bergolak. “Saya Takut Dia Akan Buat Benda Merepek.”

by Aphit J.
October 22, 2023
142
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, pelakon Farid Kamil mengesahkan dia dan isteri yang juga aktres Diana Danielle telah kembali rujuk pada penghujung Ogos lalu.

Zahir Rasa Bersyukur

via Kisah Dunia

Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, turut mengzahirkan rasa syukur kerana perkahwinannya berjaya diselamatkan dan kembali terjalin selepas berdepan pelbagai ujian.

Tanpa meminggirkan perasaan anak-anak untuk kembali mempertahankan rumah tangga yang dibina, Farid berkata, itu adalah hadiah yang terbaik buat anak-anaknya untuk terus hidup sebagai satu keluarga.

Adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari juga turut mendoakan yang terbaik buat rumah tangga abangnya yang sudah kembali rujuk.

Menyokong Keputusan Abang

Fadzil berkata, dia menyokong keputusan abangnya itu demi masa depan anak-anak mereka. Malah mereka sekuarga sentiasa mendoakan yang terbaik buat Farid.

Menurut BH Online, ditanya sama ada Fadzil ada bertemu Farid selepas mereka rujuk, dia berkata masih belum berpeluang bertemu dengan abangnya itu.

Meluangkan Masa Bersama

via Gempak

Bagaimanapun, kata suami pelakon Yana Samsudin itu, dia sempat meluangkan masa bersama dengan Farid selama tiga hingga empat bulan ketika abangnya itu berdepan dengan masalah rumah tangga.

Malah tambah Fadzil, dia turut risaukan Farid jikalau berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, kerana khuatiri Farid akan buat benda merepek.

Terdahulu, Farid dan Diana bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun berumah tangga. Namun, pasangan sensasi ini mengesahkan mereka rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

[VIDEO] Gelagat Anak Diana Danielle Menari Curi Perhatian Ramai!-"Muka Sama Betul!"
diana daniellefadzil zaharifarid kamil
https://lomp.at/jx4zz
Share57Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem