Umum mengetahui baru-baru ini tular isu yang melibatkan seorang pempengaruh media sosial yang didakwa telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang wanita yang dikatakan salah seorang pekerjanya di saat isteri pertama sedang hamil.
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pelakon, penyanyi dan usahawan, Iqbal Zulkefli menerusi hantaran di Instagram, yang berkongsikan beberapa perkara yang tidak boleh dikongsikan dengan rakan sekerja. Jelas Iqbal, ianya akan memakan diri biarpun berada di pihak yang benar.
“Antara perkara yang tidak boleh dikongsikan kepada rakan sekerja:
• Gaji. Tentang bonus, gaji kurang atau gaji lebih.
• Masalah rumah tangga.
• Tidak puas hati dengan majikan.
• Luahan kerja di media sosial.
Semua ini memakan diri walaupun kita di pihak yang benar. Siapa setuju apa yang saya katakan ini? Atau ada yang pernah alami?.”-kongsi Iqbal di Instagram
“Memang Penting Untuk Jaga Profesionalisme & Etika Di Tempat Kerja….”
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Iqbal, malah ada yang berpendapat setiap individu seharusnya menjaga batas masing-masing bersama rakan sekerja di tempat kerja.
“Yuppp.. Fitrah Kita manusia pasti ada ketidakpuasan di hati. Tapi berdiam adalah sebaik2 nya…”
“Iyaa setujuuu… Kesimpulannye, memang penting utk menjaga profesionalisme dan etika di tempat kerja dgn tidak berkongsi perkara-perkara yang sensitif atau boleh mencemarkan nama baik. Meskipun hubungan rapat dengan rakan sekerja adalah baik, kita perlu memastikan bahawa batasan-batasan yg sesuai dikekalkan… Dgn berbuat mcm ni,kita dpt membina persekitaran kerja yg harmoni dan produktif.???.”
“Betul sangat tu.. tpi kadang2 serba salah . Kalau post yg positif2 pun org x puas hati gak sebab tengok kita happy . kang post yg negatif2 dok asyik tanya je. .kenapa kenapa.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.