Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

Dari Orang Ketiga Hingga Jadi Isteri, Ini Kisah Cinta Raja Charles III & Ratu Consort Camilla Yang Popular

by Soph Azz
December 8, 2023
Foto - Daily Express

Foto - Daily Express

67
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak dari dulu lagi, hubungan Raja Charles III dan Ratu Consort Camilla mendapat tentangan daripada seluruh dunia termasuklah ahli keluarganya.

Kalau kamu nak tahu, Ratu Elizabeth II sendiri tak merestui hubungan itu dan melabel Camilla sebagai ‘wicked woman‘ kerana menjadi orang ketiga dalam hubungan Raja Charles III dan Puteri Diana ketika itu.

Tetapi siapa sangka di sebalik tentangan itu, Camilla akhirnya berjaya menaikkan ‘tarafnya’ daripada menjadi orang ketiga kepada isteri. Nak tahu bagaimana caranya Camilla lakukan, Miss Murai kongsikan kisah cinta mereka di bawah;

1971

Foto – Yahoo News Malaysia / Marie Claire
  • Di sebuah pertandingan polo, Raja Charles III ketika itu seorang putera bertemu dengan Camilla Parker Bowles melalui rakan mereka iaitu Lucia Santa Cruz.
  • Pasangan ini kemudiannya memulakan hubungan mereka tetapi telah berpisah sebelum Putera Charles III mula berkhidmat untuk Royal Navy selama lapan bulan. Setelah pulang daripada berkhidmat, beliau mendapat tahu Camilla telah bertunang dengan Andrew Parker Bowles.

1973

Foto – Diana Legacy
  • Ketika perkahwinan Camilla dan Andrew berlangsung, Putera Charles III tidak hadir. Menerusi perkahwinan itu, Camilla dan Andrew mempunyai dua orang anak iaitu Tom dan Laura.
  • Sekadar info, Andrew Parker Bowles pernah mempunyai hubungan dengan adik perempuan Putera Charles III iaitu Puteri Anne.

1977

Foto – Pinterest
  • Setelah dikenalkan dengan beberapa orang wanita untuk dikahwinkan, Putera Charles III telah bertemu dengan Diana Spencer ketika mempunyai hubungan dengan kakaknya, Sarah.
  • Ketika itu, Putera Charles III dan Diana berkenalan semasa berada di sebuah ladang. Situasi ini membuatkan mereka menjadi lebih rapat ketika putera itu datang untuk menetap di rumah mereka untuk keluar berburu.

1980

Foto – Getty Images
  • Putera Charles III membawa Diana bertemu dengan teman rapatnya iaitu Camilla dan Andrew. Putera Charles III dan Camilla pada ketika itu tidak mempunyai hubungan yang istimewa dikatakan telah ‘setuju’ dengan pilihannya.
  • Menerusi sebuah rakaman, Diana mengatakan dirinya dianggap sebagai ancaman, “Saya telah diperkenalkan dalam circle mereka tetapi saya dianggap sebagai sebuah ancaman, walaupun saya hanya seorang gadis biasa dan sangat muda”.
Gara-Gara Tom Cruise, Ini Sebab Kenapa Nicole Kidman Benci & Dendam Pada Puteri Diana

1981

Foto – Pinterest
  • Setelah mengumumkan berita perkahwinan antara Putera Charles III dan Diana, dia mengatakan tunangnya itu membuat satu gelang khas untuk Camilla.
  • Dalam biografi Diana: In Her Own Words, Diana mengatakan dia mencari kelibat Camilla dan melihat Camilla berada di situ melihat perkahwinan mereka.

1986

YouTube video
  • Dalam sebuah wawancara, Puteri Diana mengatakan suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan Camilla, “Ada tiga orang dalam perkahwinan ini. Ianya agak sesak”.
  • Putera Charles III pula memberitahu dia seorang setia sehingga perkahwinannya mereka putus. Pada masa yang sama, beliau mengatakan Camilla hanyalah teman rapatnya untuk jangka masa yang lama.

1993

Foto – Pinterest
  • Sebuah rakaman perbualan peribadi di antara Putera Charles III dan Camilla telah diketahui oleh seluruh dunia.
  • Kesan daripada itu. Camilla bercerai dengan Andrew pada Januari 1995 manakala setahun kemudian Putera Charles III telah bercerai dengan Puteri Diana.

1997 / 1998

Foto – Reader Digest
  • Setelah kematian Puteri Diana, Putera Charles III memperkenalkan Camilla kepada anaknya Putera William dan Putera Harry. Tetapi pertemuan itu tidak dihiraukan oleh anaknya berikutan dengan kematian Princess Diana.
  • Sekadar info, Puteri Diana meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di Paris yang melibatkan pasangannya iaitu Dodi Fayed, seorang usahawan dan Henri Paul, seorang pemandu.

2000

  • Setelah beberapa kali menolak untuk bertemu dengan Camilla, akhirnya Ratu Elizabeth II bersetuju.
  • Pertemuan pertama itu berlaku ketika Ratu Elizabeth II menghadiri sebuah majlis hari jadi Raja Greece di kediaman Putera Charles III di Highrove. Pertemuan mereka itu dikatakan telah ‘mencapai persetujuan’ tentang hubungan Putera Charles III dan Camilla.

2005

Foto – Pinterest
  • Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka apabila Putera Charles III telah melamarnya dengan sebuah cincin milik ibu Ratu Elizabeth II.
  • Kemudian mereka berkahwin dalam sebuah upacara sivil. Dihadiri oleh anak-anak mereka tetapi Ratu Elizabeth II dan Putera Philip tidak menghadiri majlis tersebut.
[FOTO] Gayakan Gaun Ala "Revenge Dress", Ini Penampilan Pertama Dakota Johnson Selepas Berpisah

2010

Foto – Pinterest
  • Selepas perkahwinan mereka, ramai yang mempersoalkan tentang gelaran Camilla setelah Putera Charles III menjadi raja.
  • Disebabkan Camilla menjadi ‘punca’ kepada perkahwinan Putera Charles III dan Puteri Diana berakhir, dia akan menerima gelaran Ratu Consort berbanding dengan Ratu.

Siapa sangka antara hubungan keluarga diraja pun boleh diganggu oleh kehadiran ketiga…

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Camilla Parker-Bowlesputera charlesputeri dianaraja charles iii
https://lomp.at/rp2fp
Share27Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem